28 July 2010

ANGKAT RUMAH

salam..
pepagi ni masa google cari gambar rumah kampung terjumpa pulak gambar ni..

uol pernah tengok tak aktiviti masyarakat macam ni?
saya pernah tengok sekali..masa tu kecik lagi & semestinya tinggal kat kampunglah.
dulu2 kan rumah semua bertiang.tiang2 kayu tu pulak cuma diletak jer atas pelapik tiang yg dibuat drp batu atau kayu..
ni gambar pelapik tiang batu.

so bila nak pindah rumah (bukan pindah tuan rumah jer...dengan rumah2 sekali berpindah) org2 kampung akan gotong royong angkat rumah tu untuk diletakkan kat tapak rumah baru.biasanya pindah dekat2 jelah...kot jauh, mati patah bahu & pinggang org2 yg mengangkat tu.
seronok sangat suasana masa tu...riuh rendah.iyelah...angkat rumah tuuuu....bukannya ringan.
kadang2 ada yang angkat untuk ganti pelapik saja.

bayangkan ada org yg lena dlm rumah tu...masa masuk tidur dok kat lain...jaga2 dah kat tempat lain...hehehe...kena pulak jaga waktu magrib....mau pening sasau dia..


8 comments:

SURIA AMANDA said...

kalau tgh tido kena angkat x sedar jugak..tido kateori apa tu kak ieda? tido mati?kat area mana biasanya aktiviti mcm ni kak ieda..dalam malaysia ni ada lagi ke? kalau ada nak gak tengok...

ieda said...

lisa...kat m'sia lah...dulu2 ada...sekarang ni takde dah kot..rumah semua dah melekat ke tanah.

Azma said...

bila tgk gambar ni teringat kenangan lama.Rumah atuk saya pun pernah diangkat cenggini.. rindu plak nak balik kg... :). Thanx ieda. mengembalikan memori indah ni..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

rumah kg skrg tak byk dah cam tu,kak. byk dah mcm rumah2 kat bandar. cuma suasana kg tu ada la...

Salina@IbuAqil said...

Dahsyatnya!!! Semangat kemasyarakatan yg best 2 kan k.ida..

Zaitun said...

Memang dulu2 kat kampung orang buat tapi sekarang jarang jumpa.Orang muda dah tak ada kot...

ieda said...

azma..
seronok kan duduk kat kg..rasa relax jer.

fiza..
org kampung sekarang dah mewah..lebih mewah drp org bandar..rumah pun cantik2 belaka.

ina..
mesti ina tak pernah tengok kan??

kak zai..
rumah kampung la ni dah takleh diangkat...bersimen belaka.

Anonymous said...

Good point, though sometimes it's hard to arrive to definite conclusions