19 May 2010

nak senang??..jangan jadi doktor.

salam.
dalam metro beberapa hari lepas kecoh dok bincang ttg doktor2 baru/muda yg berhijrah ke negara lain sb tak puas hati dgn sistem kerja kt M'sia ni.ada yg sokong..ada yg bangkang.biasalah manusia.
pada saya..terpulang kpd individu..apa nawaitu mereka sebelum masuk medic.kalau nak buat duit mmg sah2 salah channel.

nak loaded & enjoy2 life...bukan ini bidangnya.kalau jd specialist kt private mmg boleh dapat bnyk duit tp masa plk takde.ni bidang utk service..berkhidmat utk masyarakat.bab duit letak tepi.bab kerja senang letak bawah sekali on the list.
tambah2 masa HO (houseman).jangan ingat boleh kerja mcm org pergi ofis..pergi pk 8 pg balik 5 ptg...sabtu ahad cuti..jgn haraplah.saya pernah pergi kerja pk 6 lebih..lepas subuh terus ke wad.bukan sb rajin tp tanggungjawab.HO kena ambik darah..kena settle sebelum MO round.MO masuk paling lewat 8.30 pg.kalau HO masuk pk 8 mana sempat.ambik darah bukan kerja nurse.ada jg yg kata itu tugas nurse.kalau ada nurse yg tolong ambik tu mmg bonus la utk HO.
lepas MO, specialist plk round.lepas round kena buat semua order bos2 td tu.kena hari wad tu aktif ada plk admission.HO kena tgk new case dulu sebelum report kat MO.discharge pun HO buat.lambat buat discharge nurse bising..ward penuh.patient bising sb takder katil.

trace result & review result pun HO jg.itu belum kira hari klinik.wad kena buat..klinik pun kena jg.HO dulu pun menghadapi benda yg sama dgn apa yg HO hari ni hadapi.it is a learning process.

kena marah dengan MO? kena maki?biasalah tu...kena kutip case note yg dibaling oleh MO pun ada..(tp bukan sayalah).MO pun manusia..ada angin.pandai2lah baca angin dia kalau nak selamat.kerja elok2 takde sapa nak marah.tak tau, tanya.jangan pandai2...kita deal dgn nyawa manusia.kalau tanya kena marah..biarlah.asalkan kita tak buat salah.

waktu kerja yg panjang?wajib dah.2 minggu pertama kena tagging dgn MO.siang malam kat hospital.
kalau letih sgt bgtau la kt MO...
takpun pandai2 lah mengelat...(hihi..pernah buat sekali).
on call?tengoklah berapa ramai HO yg ada.kalau ramai kuranglah call sb gilir2.istilah hari minggu mmg tak wujud.jgn mimpi.kena pandai2lah cari masa utk rehat.HO mmg takde post call.malam on call esok kerja mcm biasa.MO jer yg ada post call.boleh balik pk 8 pg.sb tu saya pernah kerja 36 jam berterusan tanpa rehat.on call...admission ramai.mmg tak boleh tidur.mengantuk?semestinya.tp tahan jelah.that's our job.kita pilih kerja ni..buat jelah.

gaji pertama lambat?kerja gomen mmg mcm tu.bulan ke 3 baru dpt gaji..time tu mewah giler..first gaji katakan.bukan doktor jer.semua sama.kalau transfer tempat kerja pun gaji sangkut jg..mcm mana survive 3 bulan tu?habiskan saving jelah.dapat gaji kumpul balik.

makanya..andai ada sapa2 yg berangan nak jd doktor sb nak glamer dgn gelaran Dr tu lupakan sajalah.
kepada yg sedang buat medic..betulkan niat anda..jgn seronok sgt masa grad sb anda akan melalui fasa menjadi hamba orang (HO).

sesungguhnya saya bersyukur kerana dapat menjalani housemanship di salah sebuah hospital yg sibuk di M'sia ni.banyak yg saya belajar.teori & praktikal.berdepan dgn mcm2 jenis bos.berkejar ke makmal/x ray department/OT/klinik dsb.semuanya ilmu yg sgt berguna.kita rasa mcm beban pada masa itu tapi bila bekerja di kawasan yg lain,ilmu2 itu sgt berguna.

HO zaman sekarang...be humble...sabar...belajar...
kerana bila melepasi fasa ini kamu akan terpaksa bergerak sendiri.

sekadar hiasan
koleksi sendiri + google

9 comments:

Kauthar said...

sepanjang pengalaman saya temankan atif kat wad macam kerenah HO dan MO yang dapat dilihat..disebabkan wad atif tu wad yang boleh dikatakan sebagai wad yang kritikal sbb melibatkan kanak2 kanser so mmg banyak kerja..HO memang nampak penat..ada yang saya nampak bersungguh nak buat kerja..ada jugak yang malas..tapi apa yang saya nampak MO takkan marah HO kalau depa tk buat salah..selalunya HO suka buat kerja ikut sendiri je..tak tanya nurse dan MO dah..pastu kena la marah..tapi kalau Dr pakar yang marah baru la MO n HO semua kecut!!

~:: AiNi ::~ said...

salam =) mdh2an aini jg dpt melalui keadaan2 yg k.ieda dh lalui tu dgn baik2 aje...huhuhu...i try hard to look fowrd to my day...

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

kak ieda,
nak tanya, kak ieda keje sbg apa sbnrnya? HO tu yang mcm mana? kalau MO tu fiza tau la...HO tu yg tak perasan.

Rizziela said...

Baru berangan nak anak bujang saya jadi Dr. Tapi dari apa yg saya baca ni nampak sangat kesibukan yg bakal ditempuhi nanti...kena pikir semula ni :D

Anonymous said...

Husband saya pernah gaduh ngan doktor dalam wad dan klinik, kes doktor suka marah patient dan bahasa tak berhemah, siap ungkit dia tak makan lagi, penat kerja terus dari malam sampai tghari la..bla..bla.. bila saya tension saya menangis kena marah ngan doktor, hubby saya pun naik angin, hiks, glemer saya, satu wad kecoh hubby bising.

tp betul, kalau tak nak stress, tanak kerja teruk, jgn kerja doktor...

Pnut said...

alamak, saya le tadi yang anon tu..eheheh

ieda said...

kauthar..
sebenarnya MO ni taklah segarang mana pun..dia angin bila HO pandai2 sendiri tp buat salah..nanti MO kena tanggung kesilapan tu.

aini..
insyaAllah..be humble..kuatkan semangat.jgn takut utk bertanya.jgn takut utk buat sesuatu procedure..boleh survive.

fiza..
akak GP..haha..lg pening satg.
mcm ni..medical student graduate kena buat housemansip @ dr pelatih..itu HO.
lepas tu automatik jd MO (medical officer/pegawai perubatan)
MO boleh sambung belajar jd pakar atau keluar dari gomen buka klinik sendiri/join klinik dr lain...yg ni GP.
pakar pun boleh berenti gomen & join hospital pakar swasta atau buka klinik sendiri..yg ni klinik pakar.

rizziela..
kalau betul2 minat takpe..tp mmg banyak sabar la kerja ni.

pnut..
apa daaa...guna anon2 plk tp pastu ngaku..hihi
elok jg hbby pnut buat glamer kat wad mcm tu.doktor tu mmg pelik..ada plk merungut hal sendiri kt patient...lempang kang..

A.I said...

kan best kalau akak jd doc ai. bleh ngada2 ngan akak. tp mau akak pitam sbb doc2 ai cakap. ai la patient yg PALING DEGIL! tiap kali soh admit, ai lawan. takmo. bak sni ubat tu aku mkn kt umah. walhal, gi keje. ekekekekeke...

ieda said...

AI..
sib baik akak dok kedah...amin...hahaha