18 May 2010

cantik tapi sakit..nak ke???

salam..
laporan dari Harian Metro hari ini (saya copy terus jer)


TIGA PRODUK KOSMETIK BERACUN
Kuala Lumpur: Pengguna dinasihat mengelak menggunakan produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual yang memberi kesan sampingan kepada pengguna.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi,Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Eishah A Rahman berkata tiga produk kecantikan dikenalpasti menggunakan racun Hydroquinone dan Tretinoin."Produk berkenaan adalah Zara Rejuvenation Cream,Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream dan Pigmentation Recovery Complex yang akan memberi kesan buruk jika digunakan tanpa mendapat nasihat doktor"katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Beliau berkata Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit,ketidakselesaan,kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala Hydroquinone memberi kesan sama selain boleh menghalang pigmentasi."KKM menasihatkan kepada individu yang mempunyai stok produk berkenaan supaya menghentikan penjualan  serta merta dan mereka akan didakwa kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984"katanya.


berhati-hatilah memilih produk.kesihatan lebih utama.
p/s:saya pakai pencuci & bedak safi jer..hehehe


No comments: