10 July 2011

SUNNY DAY

salam ahad..

hari ni budak kecik gi sekolah pakai baju kurung lagi.
(kena tambah koleksi ni)

hari yang lebih cerah....nice
dan....
bila la pokok orkedku nak berbunga macam ni?


HARI KEMAS

salam..
hari ni seharian kat rumah..mengemas stor tapi tak siap2 jugak.ingatkan malam nak sambung lepas nabila tidur tapi tak leh dah...mood mengemas dah habis.
letih mengemas biasa2 ja tapi letih dengan gangguan budak nabila yang lebih.memanjang ngendeng ja.nak duduk rapat2,,,susah betoi nak bergerak.
bila cakap.."nabila...duduk jauh sikit"
dia cakap.."nah?"
sambil tunjuk tempat jauh sikit.
kita cakap.."jauh lagi"
dia cakap benda sama sambil tunjuk jauh sikit ja..
dua tiga kali suruh dia anjak la sampai tempat kita nak dia duduk..sambil cakap.."nah?"
kita cakap..."haa...duk situ"
adalah sesaat pastu dia anjak dekat balik sambil cakap.."nah?"....adehhh...sakit jiwa betoi.

bila angkat dia letak jauh sikit (dalam bilik stor tu jugak pun) mulalah melalak tak hengat.sambil nangis terus lari keluar cari kakak.
tapi yang bestnya dalam melalak tu bunyi pulak.."ga ga eh"...dia sambung dgn lagu lady gaga...
memang lawak la budak ni...kakak tak simpati dah..bantai gelak ja.
sat ja pun dia merajuk..pastu mai jengok kat pinu stor balik..
"ummi..ummi.."..tersengih2 tepi pintu..
seharian nabila tak tidur siang ni...tiba malam ja mulalah buat perangai..semua tak kena.
last2 paksa tidur pukul 9 lebih.
esok sekolah.

angin apa ntah dua tiga hari ni...gila pakai baju kurung.
pastu perasan lawa.."ummi..awa..awa.."
memang lawa lah baby...lawak pun ada.


07 July 2011

JEREBU

salam...

ish!!! sapalah buat pembakaran terbuka plk ni.
dah dua hari berjerebu semacam ja.
Gunung Jerai pun dah tak nampak
cuaca mmg redup tapi bahang panas masih ada.
yang best satu ja..
bila petang nampak matahari cantik...
bulat & merah.
(nanti2lah load gambar sb selalu bila petang lupa bawa kamera)

jerebu + musim buah = kes asthma meningkat


05 July 2011

MAHARAJA MAKAN

salam.

jom share kejadian yg berlaku pada 3.7.2011.

oleh kerana saya habis kerja malam maka kejadian terpaksa dilakukan selepas 9.30pm.
apakah kejadiannya??
*
*
*
*
hehehe....
sesi makan durian di rumah baru tokey..
ingat lagi gambar rumah dalam ENTRY NI?
kat sinilah kami memenuhkan perut masing2.

ni bukan kenduri masuk rumah baru sebab tuan rumah tak duduk sini pun.
saja2 jamu member.

lepas makan siap pakat2 tapau buah durian yg lebih.
seperti biasa kami2 nilah yg last sekali balik.

jom tengok gambar...tak banyak sebab lagi best makan drp ambik gambar.
 pulut durian,bubur,roti jala,mee & bihun goreng
semua dari tuan rumah..kami makan ja.
 saya punya kot...first round kena ambik sikit dulu.
 sebahagian bapak yg datang...ni geng kereta.
geng motor lepak kat luar.
 tuan rumah tengah pasang lagu kat lampu siling.
 pasangan lomantik....bakal mengerjakan umrah hujung minggu ni.
moga selamat semuanya.
tokey siap offer nak jaga anak dara depa..hehe..
tuan rumah agihkan durian..
orang yg nak pi mekah tu pulun....nak bawa pi sana ka wei???
testing kabinet dapur tuan rumah..
dah kenyang,malas nak bergerak.
from left...me,mila,norlia & anak dara mila..husna @ along.

note: moga Allah murahkan rezeki tuan rumah.....nanti buat jamuan raya pulak macam tahun2 lepas....(jgn la hujan mcm hari tu...).
budak kecik makan pulut sikit ja...kalut nak main sebab ramai geng.puasla berlari sana sini.
Isnin budak kecik ponteng sekolah sebab umie dia kesian nak kejut dari tidur.