SENANG CARI

10 July 2011

HARI KEMAS

salam..
hari ni seharian kat rumah..mengemas stor tapi tak siap2 jugak.ingatkan malam nak sambung lepas nabila tidur tapi tak leh dah...mood mengemas dah habis.
letih mengemas biasa2 ja tapi letih dengan gangguan budak nabila yang lebih.memanjang ngendeng ja.nak duduk rapat2,,,susah betoi nak bergerak.
bila cakap.."nabila...duduk jauh sikit"
dia cakap.."nah?"
sambil tunjuk tempat jauh sikit.
kita cakap.."jauh lagi"
dia cakap benda sama sambil tunjuk jauh sikit ja..
dua tiga kali suruh dia anjak la sampai tempat kita nak dia duduk..sambil cakap.."nah?"
kita cakap..."haa...duk situ"
adalah sesaat pastu dia anjak dekat balik sambil cakap.."nah?"....adehhh...sakit jiwa betoi.

bila angkat dia letak jauh sikit (dalam bilik stor tu jugak pun) mulalah melalak tak hengat.sambil nangis terus lari keluar cari kakak.
tapi yang bestnya dalam melalak tu bunyi pulak.."ga ga eh"...dia sambung dgn lagu lady gaga...
memang lawak la budak ni...kakak tak simpati dah..bantai gelak ja.
sat ja pun dia merajuk..pastu mai jengok kat pinu stor balik..
"ummi..ummi.."..tersengih2 tepi pintu..
seharian nabila tak tidur siang ni...tiba malam ja mulalah buat perangai..semua tak kena.
last2 paksa tidur pukul 9 lebih.
esok sekolah.

angin apa ntah dua tiga hari ni...gila pakai baju kurung.
pastu perasan lawa.."ummi..awa..awa.."
memang lawa lah baby...lawak pun ada.


No comments: