28 December 2011

PHUKET-KRABI-HADYAI.....DAY 1

salam..

catatan perjalanan percutian ke Phuket - Krabi - Hadyai Thailand.
bermula 22.12.2011 
tamat 26.12.2011

perjalanan bermula seawal jam 3.30 pagi.saya tak sempat tidur malam tu sebab sibuk kemaskan barang2 peserta & barang2 sendiri.juga kepeningan memikirkan staf2 yg nak ditinggalkan.kami bergerak 2 buah kereta.kebetulan seorang jiran ingin turut serta.
kali ni kereta tak la padat sangat..
antara barang yang di sponsor

tempek sticker.....wajib

tiba di tempat berkumpul iaitu R&R Gurun arah Utara sekitar jam 4.00 pagi.
kami bergerak awal untuk mengelakkan kesesakan di sempadan Malaysia - Thailand.

jam 5.00 pagi,setelah semua yg perlu ada tiba,kami bergerak ke pintu sempadan.
singgah untuk solat subuh dan mengisi minyak (full tank) di petronas Changlun.sepatutnya isi minyak di caltex & solat di masjid (arah jalan yg sama) tapi caltex tak buka maka terpaksa U-turn utk ke petronas.
sebelum ke petronas tu dah berhenti sekejap di tepi jalan utk mengagihkan sarapan (nasi tomato & ayam masak merah) yg dah siap dibungkus.lepas solat subuh saya terus ja makan nasi tu..lapar...rasanya saya yg first makan.
SU kumpulkan semua pasport peserta & kami bergerak dulu ke pintu sempadan utk urusan imigresen.dalam perjalanan tu SU singgah di masjid utk solat sb dia tak selesa solat bersesak kat surau petronas.kat masjid juga kami bertemu dgn seorang lagi peserta yg datang dari KL.

tiba di pintu sempadan sekitar 7.00 pagi....masih lengang.elok saja semua pasport di scan peserta2 yg lain pun tiba.kami terus ke imigresen Thailand.
kaunter khas dibuka utk peserta2 konvoi oleh pihak imigresen Thailand, maka segala urusan dapat dipercepatkan.tak perlu berbaris dengan pelawat2 yg lain.ada juga org lain yg selit dalam line kami....biarlah.no big deal.uruskan pasport,declare kereta....jam 8.15 pagi semua urusan di pintu sempadan selesai.

ada member kena denda 2000 baht (RM200) sebab masa keluar dulu tak serahkan semula borang declare kereta (tak declare keluar dari Thai)....kena bayar on the spot.

agak tergendala perjalanan sekejap sebab mencari money changer utk member yg kena denda tu...imigresen tak terima RM jadi dia terpaksa guna Baht yg ada.baki dalam tangan dah sikit maka kenalah tukar lagi.masih awal pagi jadi belum ada money changer yg buka.mujur ada kedai barang yg menyediakan perkhidmatan tukar wang...kedainya berhadapan dengan market Sadao.

sempat juga SU beli ayam goreng yg famous kat Sadao ni buat 'gigitan' dalam kereta.

pergerakan selepas itu adalah lancar.walaupun hujan sebaik menghampiri Hadyai dan kenderaan agak banyak,keadaan jalanraya yang baik memudahkan perjalanan konvoi kami.

10.15 pg - berhenti sekejap di Shell untuk menghilangkan lenguh & ada yg nak ke rest room.kebanyakan peserta menghabiskan nasi bungkus tadi di sini.

12 tgh hari - tiba di hentian rehat Na Yong Nuea (juga disebut sbg BAN NA YONG).di sini juga merupakan hentian rehat semua kenderaan pelancong (bas/van).ada kedai makan,tandas & surau yang selesa.makanan adalah HALAL.
dapat makan sponge kek oren yang sedap kat sini.tuan kedai belanja.saya suka tembikai kat sini...besar & manis.mangga sebiji & tembikai sepotong hanya 50 baht.

12.45 tgh hari - bergerak dari Ban Na Yong dan berhenti mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak di Krabi pada jam 4.15 ptg.....full tank 1200 baht.

5.30 ptg kami memasuki Phuket.hujan masih renyai2 dan sekali sekala agak lebat.jalanraya pun dah licin.dalam perjalanan ke hotel terserempak dgn 2 kereta yang tertonggeng ke parit di tepi jalan.kami sendiri pun hampir kemalangan.

6.15 ptg- tiba di DARA HOTEL....hotel berwarna warni di tengah pekan.

8.00 malam- keluar beramai-ramai untuk dinner di pekan Phuket.kami menuju ke restoran milik anak Terengganu....KUSUMA. hanya gerai di tepi bangunan kedai tapi padat dengan pengunjung.kedai ni dibuka waktu malam sahaja.segala jenis makanan ada di sini.

rasa makanan?...sedap juga tapi tak la 5/5.
harga?...standard utk area Phuket....omelet ja RM8 (saiz kecil).

lepas makan saya dah tak boleh nak buka mata...(in fact sepanjang jalan nak ke phuket ni pun asyik terlelap ja.SU pun dua tiga kali cakap dia terpejam masa drive....haiyaaa....).

tiba semula kat hotel jam 11.30 mlm....semua peserta dah muka lain macam...laloq ja.so takdak aktiviti lain utk malam tu...just...dushhhhh...tidoq.



notes:
masa yang saya tulis adalah waktu Malaysia.
(waktu Thailand adalah lewat 1 jam....eg....kita 10 pagi..Thai baru 9 pagi.)

27 December 2011

A LITTLE BIT MORE

salam semua...


alhamdulillah...selamat sampai rumah lebih kurang jam 10 malam tadi selepas berhenti sana sini.syukur sebab semua selamat.trip kali ni mmg mencabar minda.nanti akan saya ceritakan sebab2nya.


hari ni...back to work...dalam mood yg separa rajin & separa malas..hehe...biasalah bila lepas bercuti...sapa yg rajin nak masuk kerja?


baru ja load gambar ke pc...tak sempat nak asing2kan lagi.


buat sementara waktu sila lihat muka peserta paling muda & paling comel dalam trip kali ni...afrina....1 year +.
jadi tumpuan makcik2,pakcik2,abang2 & kakak2..
best dia ni.dengan sapa2 pun dia ok ja.
ni tgh buat muka blur...
tapi masuk ja dalam air terus gelak mengekek2 


25 December 2011

A LITTLE BIT

salam pagi Ahad...selamat bercuti.


short update.
hari ni adalah hari ke 3 saya sekeluarga & 13 keluarga lain di Thailand.
hari pertama di Phuket,semalam dan hari ni di Krabi dan sekejab lagi akan bergerak ke Hadyai.satu malam di Hadyai dan esok akan kembali ke rumah.


banyak peristiwa yang berlaku...sebelum & semasa bercuti kali ni.di sebalik itu,Alhamdulillah semuanya berjaya dihadapi sehingga setakat ini.semoga perjalanan selepas ini akan terus dilindungi olehNya.


nak letak gambar sikit2 pun tak boleh sebab kabel transfer gambar tak bawa....huhuhu...
ambik gambar pun kena budget2 sebab takut memory full.banyak kat video ja.sib baik bawa handycam sekali.




orait....see uols later.nak kemas barang.SU dah chow ke bawah...jumpa kawan dia.tokey kedai sarapan kat Krabi ni.




20 December 2011

KELEMPONG BIRU

salam..

baru2 ni masa kat kedai terserempak dgn sorang pakcik ni bersama cucunya.biasalah bila bawa budak ke kedai.mesti dia nak beli mainan.tapi budak ni ok la...dia ambik yg murah ja.masa nak bayar pakcik ni tanya tuan kedai..
"kelempong tu satu berapa?"

siapa tau apa itu kelempong??

dah lama saya tak dengar perkataan tu.berani jamin husband saya pun tak tau apa bendanya kelempong tu.
kelempong adalah benda ni..



belon......yang selalu dok buat pecah belon dalam sukaneka tu..
org utara taraf tokwan2 sebut kelempong.arwah bapa saya pun guna perkataan yg sama.

ada tak org negeri lain sebut kelempong juga?




satu lagi perkataan yg lama saya tak dengar tapi ditimbulkan balik oleh salah seorang patient beberapa bulan yg lepas..

"BIRU"
bukan warna biru ok....
biru ialah benda ni..


almari baju.
tapi ni pesen baru....almari zaman dulu2 tak la rupa macam ni.

apa perkataan pelik untuk benda2 biasa yg ada kat tempat uols?

****gambar2 adalah dari google****