SENANG CARI

28 December 2011

PHUKET-KRABI-HADYAI.....DAY 1

salam..

catatan perjalanan percutian ke Phuket - Krabi - Hadyai Thailand.
bermula 22.12.2011 
tamat 26.12.2011

perjalanan bermula seawal jam 3.30 pagi.saya tak sempat tidur malam tu sebab sibuk kemaskan barang2 peserta & barang2 sendiri.juga kepeningan memikirkan staf2 yg nak ditinggalkan.kami bergerak 2 buah kereta.kebetulan seorang jiran ingin turut serta.
kali ni kereta tak la padat sangat..
antara barang yang di sponsor

tempek sticker.....wajib

tiba di tempat berkumpul iaitu R&R Gurun arah Utara sekitar jam 4.00 pagi.
kami bergerak awal untuk mengelakkan kesesakan di sempadan Malaysia - Thailand.

jam 5.00 pagi,setelah semua yg perlu ada tiba,kami bergerak ke pintu sempadan.
singgah untuk solat subuh dan mengisi minyak (full tank) di petronas Changlun.sepatutnya isi minyak di caltex & solat di masjid (arah jalan yg sama) tapi caltex tak buka maka terpaksa U-turn utk ke petronas.
sebelum ke petronas tu dah berhenti sekejap di tepi jalan utk mengagihkan sarapan (nasi tomato & ayam masak merah) yg dah siap dibungkus.lepas solat subuh saya terus ja makan nasi tu..lapar...rasanya saya yg first makan.
SU kumpulkan semua pasport peserta & kami bergerak dulu ke pintu sempadan utk urusan imigresen.dalam perjalanan tu SU singgah di masjid utk solat sb dia tak selesa solat bersesak kat surau petronas.kat masjid juga kami bertemu dgn seorang lagi peserta yg datang dari KL.

tiba di pintu sempadan sekitar 7.00 pagi....masih lengang.elok saja semua pasport di scan peserta2 yg lain pun tiba.kami terus ke imigresen Thailand.
kaunter khas dibuka utk peserta2 konvoi oleh pihak imigresen Thailand, maka segala urusan dapat dipercepatkan.tak perlu berbaris dengan pelawat2 yg lain.ada juga org lain yg selit dalam line kami....biarlah.no big deal.uruskan pasport,declare kereta....jam 8.15 pagi semua urusan di pintu sempadan selesai.

ada member kena denda 2000 baht (RM200) sebab masa keluar dulu tak serahkan semula borang declare kereta (tak declare keluar dari Thai)....kena bayar on the spot.

agak tergendala perjalanan sekejap sebab mencari money changer utk member yg kena denda tu...imigresen tak terima RM jadi dia terpaksa guna Baht yg ada.baki dalam tangan dah sikit maka kenalah tukar lagi.masih awal pagi jadi belum ada money changer yg buka.mujur ada kedai barang yg menyediakan perkhidmatan tukar wang...kedainya berhadapan dengan market Sadao.

sempat juga SU beli ayam goreng yg famous kat Sadao ni buat 'gigitan' dalam kereta.

pergerakan selepas itu adalah lancar.walaupun hujan sebaik menghampiri Hadyai dan kenderaan agak banyak,keadaan jalanraya yang baik memudahkan perjalanan konvoi kami.

10.15 pg - berhenti sekejap di Shell untuk menghilangkan lenguh & ada yg nak ke rest room.kebanyakan peserta menghabiskan nasi bungkus tadi di sini.

12 tgh hari - tiba di hentian rehat Na Yong Nuea (juga disebut sbg BAN NA YONG).di sini juga merupakan hentian rehat semua kenderaan pelancong (bas/van).ada kedai makan,tandas & surau yang selesa.makanan adalah HALAL.
dapat makan sponge kek oren yang sedap kat sini.tuan kedai belanja.saya suka tembikai kat sini...besar & manis.mangga sebiji & tembikai sepotong hanya 50 baht.

12.45 tgh hari - bergerak dari Ban Na Yong dan berhenti mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak di Krabi pada jam 4.15 ptg.....full tank 1200 baht.

5.30 ptg kami memasuki Phuket.hujan masih renyai2 dan sekali sekala agak lebat.jalanraya pun dah licin.dalam perjalanan ke hotel terserempak dgn 2 kereta yang tertonggeng ke parit di tepi jalan.kami sendiri pun hampir kemalangan.

6.15 ptg- tiba di DARA HOTEL....hotel berwarna warni di tengah pekan.

8.00 malam- keluar beramai-ramai untuk dinner di pekan Phuket.kami menuju ke restoran milik anak Terengganu....KUSUMA. hanya gerai di tepi bangunan kedai tapi padat dengan pengunjung.kedai ni dibuka waktu malam sahaja.segala jenis makanan ada di sini.

rasa makanan?...sedap juga tapi tak la 5/5.
harga?...standard utk area Phuket....omelet ja RM8 (saiz kecil).

lepas makan saya dah tak boleh nak buka mata...(in fact sepanjang jalan nak ke phuket ni pun asyik terlelap ja.SU pun dua tiga kali cakap dia terpejam masa drive....haiyaaa....).

tiba semula kat hotel jam 11.30 mlm....semua peserta dah muka lain macam...laloq ja.so takdak aktiviti lain utk malam tu...just...dushhhhh...tidoq.



notes:
masa yang saya tulis adalah waktu Malaysia.
(waktu Thailand adalah lewat 1 jam....eg....kita 10 pagi..Thai baru 9 pagi.)

7 comments:

fatonahHairil said...

Salam kak. Saya rajin melawat akk ni.Tapi harini baru berani nak komen (motiff berani???)^-^
Ermm, dulu sy keje di pos bukit kyu itam, tapi dah bertukar. kalau tak mesti sellu jumpa konvoi akk ek...Eh, tapi in case lalu Padang Besar roger2 la dlm blog, manatau leh sy menyibuk time nak clear ppt tu..hiksss:p

ieda said...

fatonah..
wkslm.timakasih sb sudi jalan2 sini...insyaAllah kalau lalu pdg besar akak bgtau.
nak minta special lane bleh kot?...hehe

Daddy Ziyyad said...

grilled chicken soya tu mmg nampak sedap lah...

memang harga petrol kat sana berkali ganda mahal ke dari m'sia?

fatonahHairil said...

Boleh saja..^-^..Bisa diatur...chewahhhh...hihi

Anonymous said...

Thіѕ ѕite гeallу has all the infoгmatіon I wanted сonceгning this
ѕubject and diԁn't know who to ask.

Here is my web site ... Thailand Phuket Motels

Anonymous said...

Veгy gгeat post. Ι simply stumblеd upon your blog аnd wanted to
mеntion that Ӏ have truly enјoyеd surfing аrоund your ωeblog роstѕ.
In аny cаse Ӏ'll be subscribing to your rss feed and I'm hoρіng yоu
ωrite again νery soon!

Heгe is mу blog post :: whitianga accommodation

Anonymous said...

It is appropгiate tіme to make a feω planѕ for the long run anԁ it's time to be happy. I'νе learn this publish and if ӏ may just I want to counsеl
you fеw attentіon-grabbing things or
suggеstіons. Perhаps yοu cοuld
write subsеquent articlеs гegaгding this artiсle.
I wish to learn even more things approximately it!

Also νіѕіt my ωeblog ... Accommodations at TravelSupermarket | Compare and guide affordable resorts on line - TravelSupermarket.com