04 September 2018

JALAN-JALAN KENDURI

salam sejahtera...
lama benau tak menulis kat sini....haishhh....

cerita bulan 8...
18.8.18....tarikh pilihan untuk kenduri kahwin.
ramai yang akad nikah/kenduri kahwin pada tarikh tersebut. kami sendiri ada 4 undangan tapi hanya boleh hadir satu sahaja sebab lokasi yang satu itu terletak nun jauh di pantai timur dan pemilik kenduri adalah anak saudara suami....maka haruslah yg ini diutamakan. kebetulan pula tarikh itu jatuh pada hari Sabtu, maka saya hanya perlu bercuti pada hari Ahad.
kebetulan juga tarikh tersebut ada event group suami di Kuala Terengganu maka jimatlah belanja perjalanan kami....kira 2 in 1 gitu.


seperti biasa, untuk perjalanan yang jauh kami suka keluar awal pagi. sekitar jam 4 pagi adalah waktu pilihan dengan anggaran tiba di restoran Salim di Gerik sekitar waktu subuh. waktu yang elok untuk berhenti solat dan bersarapan sambil merehatkan tulang belakang. namun kta hanya merancang, Allah yang menentukan....hihihi.... mem rumah terlajak lena. terjaga sekitar jam 3.45 pagi. mana sempat dah nak bergerak jam 4 dengan nak bersiap2 dan nak kejutkan Nabila lagi... berkira-kira sorang diri, maka ambil keputusan untuk keluar selepas subuh. kejutkan suami, bagitau dia dan dia iyakan saja (dia bukan sedar pun rupanya...).


tok tek tok tek....dekat pukul 7 baru bergerak dari rumah....dalam keadaan hujan renyai2, encik suami berbunyi. tak puas hati sebab keluar lewat...tak rasa macam pergi bercuti katanya....hmmm....


tiba di Kuala Ketil perut dah berbunyi maka kami singgah ja kat gerai tepi jalan. tengah sedap2 makan hujan pula turun dengan maha lebat. tersadai sekejap kat situ sebab tak boleh nak ke kereta. alhamdlillah, tuan gerai yang baik hati gorengkan cempedak dan jamu semua pelanggannya....hujan2 kena cempedak goreng, apa nak dikata.   licin sepinggan kat meja kami.


meneruskan perjalanan dalam hujan yang sekejap reda sekejap lebat, tapi kebanyakannya lebatlah. kereta tak banyak tapi disebabkan hujan, perjalanan jadi perlahan. lebih kurang jam 10 pagi kami tiba di puncak Titiwangsa. sejuk tak terkata....duduk dalam kereta rasa lebih panas daripada kat luar. 

kat sini terserempak dengan seorang anak muda, menunggang motosikal seorang diri dari Bukit Kayu Hitam ke Terengganu...saja jalan-jalan. menggigil kesejukan sebab ride dalam hujan....gigih betul dia. kebetulan berjumpa dengan seorang lagi solo rider jadi dapatlah juga kawan untuk dia ride sama-sama.

NI POSING....BUKAN GAMBAR CANDID


semasa nak bergerak dari puncak Titiwangsa ni, suami terperasan ada bunyi sesuatu dari bawah kereta. intai punya intai rupanya penutup tayar spare dah terbuka sedikit. sebahagain daripada penutup tu terkena jalan bila kereta reverse.....dah masalah pula. jalan basah nak letak lutut pun payah...suami big size, dia suruh wife dia betulkan.... kahkahkah....macam la wife dia ni tau sangat bab2 kereta. 
teringat ada plastik toto dalam kereta maka potonglah plastik tu sikit untuk alas lutut suami....dia yang buat sendiri....cek mana reti nak repair. guna gelang keychain untuk jadi cangkuk sementara. alhamdulillah bolehla sampai ke Nissan service centre untuk dibetulkan. tu pun tak ada spare part. depa ikat guna cable tight ja....dok guna yg itu sampai hari ni.


meneruskan perjalanan ke Terengganu dengan lapang dada tapi sekali sekala panas sebab kereta banyak yang slow....pergerakan jadi perlahan walau jalan lurus. hala tuju adalah Batu Buruk Terengganu sebab kami tempah bilik di situ. tapi sebelum ke bilik, suami nak ke stadium dulu untuk ambil tshirt eventnya. kami tiba di situ sekitar jam 6 petang dalam suasana hujan renyai2.sebelum itu....singgah sekejap di Penarik untuk lunch sambil layan nabila main buaian di tepi pantai dan kemudiannya solat di masjid berhampiran.
kemudian baru bergerak ke hotel bajet dan check in menjelang magrib. 
macam pergi ke JB dah jadinya....12 jam perjalanan.

PANTAI PENARIK

apa2pun, alhamdulillah, selamat tiba ke destinasi....



lokasi penginapan ialah Intan Beach Resort..
deretan rumah teres dua tingkat di tepi pantai yang dijadikan hotel.
tidur satu malam  di sini. bilik di tingkat 1,dengan 2 katil queen, bertingkap dan berada di sudut tepi dengan pemandangan laut...harga sekitar rm127 satu malam....selesa dan puas hati dengan tahap kebersihannya.


INTAN BEACH RESORT


malamnya, dalam hujan lebat kami keluar ke majlis makan malam di 'bos' encik suami. hujan2 pun datang juga sebab jemputan adalah "you must attend"...hihi....dia pun suka sebab dapat jumpa kawan2 dari Johor.
makan sikit ja...sembang yang lebih (biasa la kan). saya pun makan sikit sebab perut tak berapa nak ok....sebu semacam ja. nabila yang pulun sakan. dia ni kat mana2 pun menang kalau bab makan.
plannya nak ke rumah kenduri lepas majlis makan malam tapi tak jadi sebab dah terlebih letih....balik bilik dan tidur saja la...

DI MAJLIS..
MAKAN SAJA....

JIWANG SEBELUM CHECK OUT





1 comment:

Susan said...

Much appreciated you all that much to share these connections. Will look at this..Join Origin Access Premier and get sims 4 news Digital Deluxe, Dine Out Game Pack and Kids Room Stuff Pack to create new stories. Plus, get access to a library ..