SENANG CARI

30 June 2014

RAMADHAN 2

Salam...
hari ke 2 Ramadhan...

hari pertama hujan lebat namun  penjualan makanan bazar Ramadhan depan ni berjalan seperti biasa...meriah dengan pengunjung.menjelang waktu berbuka semua habis dijual.
suasana bazar ramadhan di hari pertama

hari ni...awal lagi dah hujan...masa zohor tadi..siap pakej dengan angin kuat @ ribut.risau juga kot payung2 peniaga ni tumbang menghempap kereta.alhamdulillah angin datang dari belakang maka kewujudan bangunan ni melindungi medan niaga dan menyelamatkan kereta.
sekarang hujan dah renyai...peniaga dah mula susun kuih & makanan serta minuman.maka bau2an makanan pun mula memasuki premis....hihi..satg kita tengok kuih muih & makanan.

saya memang tak masak untuk berbuka...sangat2 jarang masak.puncanya...semua nak makan benda yang berbeza....sorang nak nasi tu...sorang nak nasi ni...sorang nak bihun...kuah tu dua biji...kuih ni 3 biji...jenuhla kalau nak masak.lagipun makanan kat sini murah lagi...kuih 3 seringgit...nasi dalam lingkungan rm3 ke rm3.50 sebungkus...nasi tomato,nasi ayam,nasi hujan panas semua harga macam tu.nasi lemak kurang drp tu..mee,kuey teow, bihun yg cedok2 tu sebungkus rm1.50...laksa,mee rebus dsb antara rm2.50 ke rm3.50....berbaloi lagilah kalau membeli.cuma untuk sahur memang masak sebab sahur simple ja pun...budak2 ni esp nurul nak nasi goreng ja...tiap2 hari pun boleh ja.

nabila?...janji nasi....berbuka kemarin habis nasi ayam sebungkus (macamlah dia posa..hehhh).

selamat berpuasa##

2 comments:

A.I said...

kat sini mahal kak..huhu..tak berbaloi kalau nk beli hari2. ai masak je yg simple2. kuih jelah yg dibeli, bebudak ni suka tepung pelita & kek batik :)

ieda abdullah said...

kalau mahal memang tak berbaloi kan AI esp bila anak ramai.AI senang sebab semua selera sama...akak ni pening sikit melayan depa..hihi