21 March 2014

BERSAMA ANAK-ANAK NUR HIDAYAH

salam buat semua..

#doabuat MH370....moga segera ditemui.....

Sabtu bertemu Sabtu...
ini adalah kisah yang berlaku pada hari Sabtu yang lepas (15.3.14).

setelah sekian lama berehat dari aktiviti,pada Sabtu baru-baru ini buat kali pertama untuk tahun 2014 NARC bersama-sama dengan Team Promosi Sinar Harian Utara mengadakan aktiviti amal bersama anak-anak yatim.
kali ini lokasi yang dipilih adalah PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN NUR HIDAYAH,KUPANG,BALING KEDAH yang menempatkan lebih kurang 23 orang anak-anak yatim/miskin perempuan.
pihak pengurusan pertubuhan ini turut menjemput anak-anak dari Rumah At Taqwa (lelaki) yang terletak berhampiran.

program kali ini mendapat sokongan dan tajaan dari pelbagai individu & syarikat seperti Stesyen Minyak Shell Sungai Lalang, Sg Petani (NKM Teguh Enterprise),Chef Mohd Zamri Sahari, Pasaraya Econsave Bandar Puteri Jaya Sg Petani dan orang perseorangan.
Sekolah Menegah Kebangsaan Taman Ria turut memberi kerjasama dengan menghantar sekumpulan pelajar tingkatan 2 serta guru-guru pengiring yang hadir dengan sebuah bas.

Program kali ini berbeza sedikit kerana pihak kami secara bergotong-royong memasak untuk makan tengah hari bersama-sama anak-anak tersebut.bahan-bahan memasak adalah hasil sumbangan semua pihak yang disebutkan di atas manakala chef masakan nasi & lauk pauk adalah dari team NARC.

Pengisian program adalah gotong royong membersihkan kawasan tempat tinggal anak-anak ini,kelas pengenalan jahitan manik dan sulaman reben,makan tengah hari bersama-sama,persembahan anak-anak penghuni Nur Hidayah serta sesi penyerahan sumbangan.

Menjadi sejarah pada hari tersebut kerana sebaik majlis persembahan bermula hujan turun dengan agak lebat setelah hampir 3 bulan kita mengalami cuaca panas terik.hujan mula reda sebaik majlis selesai sekitar jam 4 petang.

Alhamdulillah...majlis berjalan lancar,makanan semua sedap-sedap belaka & anak-anak semuanya gembira.

moga program kali ini menjadi penggerak untuk program-program seterusnya.







persembahan nasyid dari anak-anak NUR HIDAYAH




sebahagian daripada kek sumbangan CHEF ZAMRI yang sangat sedap






budak kecik yang terlena keletihan dalam perjalanan balik
selepas bertungkus lumus membantu dari malam sebelum program bermula.



3 comments:

Dr K said...

Alhamdullilah..moga mendapatkan keberkatan dlm misi mulia sebegini kak...

Unknown said...

DZ..
amin....dengan izin Allah.

Unknown said...

Mana saya nak tahu lebih mendalam lagi.. dari siapa kang saya nak jumpa.