25 February 2014

MEMBAHANG

salam...

cuaca panas masih berlarutan dan dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan March nanti....memang tiap2 tahun perkara yang sama berlaku....musim kemarau di awal tahun.
syukur alhamdulillah...kali ini tiada gangguan bekalan air di kawasan ini biarpun cuaca lebih kering berbanding tahun lepas.
peritnya hidup bila tiada bekalan air paip untuk kita penghuni kawasan perumahan ni.bagi yang tinggal di kampung yang ada perigi atau sungai,keadaan tidaklah begitu terjejas.


beberapa tahun lepas berlaku gangguan bekalan air berterusan hampir seminggu semasa musim kemarau.elok seketika tapi kemudiannya berulang semula.memang meletihkan.terpaksa mengangkut air dari kawasan perkelahan Bukit Tupah tiap2 hari...di atas bukit tersebut terdapat paip air yang mengeluarkan air dari dalam tanah...boleh ambil percuma.tak jauh dari rumah namun nak mengangkat tong2 air bukannya mudah.
ada jiran yang mengangkut kain2 kotor untuk dibasuh di situ pada lewat malam....waktu yang lengang.

pada musim itu juga seorang customer mengalami kelahiran pramatang kerana melakukan kerja2 mengangkat air dengan banyak...suami memang membantu namun ketika suami keluar bekerja beliau terpaksa juga uruskan sendiri...alhamdulillah...anaknya selamat & sihat sehingga sekarang.

bagi penduduk Selangor...sabarlah menghadapi situasi catuan bekalan air...moga urusan hidup anda dipermudahkan.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/catuan-air-di-seluruh-selangor-mulai-esok-1.254207


bersyukurlah dengan semua anugerah Allah...dalam apa saja kesulitan pasti ada rahmat dariNya.

3 comments:

Rizziela said...

kawasan kami dah start kena catu air

Dr K said...

alhamdullilah, kawasan rumah saya,tidak kena catuan,dan bekalan air masih macam biasa...sama2 kita berdoa moga ujian ini dipermudahkan NYA

ieda said...

rizziela...
moga cepat2 berakhir kesukaran ini...amin.


DZ...
dgn anak kecik lg leceh kan...alhamdulillah tak ada gangguan.