salam buat semua...
bahagia hendaknya.
cuti sekolah kali ni kami bersepakat menghantar anak2 berdua tu ke kem motivasi.sebenarnya dah bertahun berhajat tapi ada saja halangan.biasanya program bertembung dengan agenda kelab.ada yg terlalu jauh & agak tinggi kosnya (kira semua kos...yuran,perjalanan,locum dsb).
kali ni hanya di Alor Setar.dua hari satu malam dan yuran tak sampai rm100 seorang.maka boleh lah kan....ajak anak2 member sekali supaya bebudak ni tak rasa canggung sangat.maka dapatlah 5 orang...2 perempuan,3 lelaki.
pagi tadi hantar mereka ke sana.
kawasan kampung,di tengah sawah padi.nama programmnya "Kem Motivasi Ketahanan Diri" anjuran seorang pakar motivasi tempatan.lebih menekankan 'survival' berserta penekanan amalan harian sebagai orang Islam.kebanyakan aktiviti adalah berbentuk permainan di kawasan persekitaran supaya budak2 tak bosan.
keluarga NARC |
dari rumah peserta lelaki ke rumah peserta perempuan (yg nampak bumbung tu rumah perempuan) tengah sawah |
sungai depan rumah peserta...tempat aktiviti air sungai MADA...ada pintu pam untuk kawalan paras air demi keselamatan peserta. |
di seberang sana adalah dewan yg digunakan untuk ceramah |
walaupun kemudahan yang ada tidak canggih dan tidak terlalu selesa namun bagi saya ia memadai.kalau nak selesa lebih baik makan angin dengan keluarga saja kan?berpadanan dengan tujuan kem.....mendidik mereka untuk menghadapi kehidupan yg sukar.
semoga mereka mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berguna dan boleh membantu kehidupan mereka nanti.
peserta termuda berbaju pink...khusyuk. masa bawa balik sib baik tak nangis. |
nabila turut teruja menyertai program ini...kali pertama untuk dia (juga utk kakaknya).
ikut duduk mendengar ceramah tentang program dan aturcara.
agak lama dia di kerusi...dengar dengan khusyuk...diam ja.faham ke tidak entah la.
panggil keluar pun tak nak.
".......she is growing fast......"
untuk mengetahui tentang program dari motivator ini boleh singgah di blog
www.kemkandai.blogspot.com*****program berakhir petang esok...umie sedang berfikir.....'jaga klinik atau join abah utk jemput mereka??'*****........dilema!!
nota
*****BAGUS KE HANTAR ANAK2 KE KEM MASA CUTI SEKOLAH NI?
- pada saya,bergantung kepada sifat anak2,pengisian program & nawaitu kita yg menghantar....niat baik insyaAllah baiklah hasilnya.
No comments:
Post a Comment