28 March 2013

CANDLE LITE DINNER

salam...

oleh kerana hanya kami bertiga di rumah,mood memasak pun dah hilang.dah la cuaca panas teramat...membahang.duduk diam pun berpeluh..masak apatah lagi.

makanya malam tadi sehabis kerja walaupun penat gagahkan juga dinner kat luar (late dinner)..plannya nak ke kedai lain tapi dekat nak sampai baru en SU ni call kawan dia,tuan kedai tu.rupanya orang tu tengah bercuti..hehe...padan muka kita kannn....meronda plk cari kedai lain.

at last lepak ja kat satu gerai tepi jalan utama ni.belum pernah singgah walu dah banyak kali lalu situ.suasana mmg ok sebab tepi jalan...berangin.

elok ja makanan nabila sampai...tup tup....gelap gelita....
ingatkan short circuit ka hapa...rupanya black out terus...satu kawasan gelap...depa takdak lampu back up plk tu.cuma dapat cahaya samar sebab bulan tengah penuh.SU guna lampu handphone ja.tukang masak pun sama.
muka nabila dah saspen...maka umie dia yang malas nak layan kalau dia buat hal terus ambil kunci kereta & nyalakan lampu kereta...terang la juga.cuma umie dia plk saspen kot2 ada org masuk & bawa kereta terus hilang.silau lampu tu menyebabkan badan kereta tak jelas.kalau ada org buka pintu kereta pun kita tak nampak.tapi tawakal ja demi budak kecik sorang ni.
enjoy plk dia makan dalam gelap2 tu.
bila budak kedai ni bawa makanan saya minta lilin sekali...rupanya depa takdak lilin...baru nak pi beli.sabar ja lah.dah separuh makan baru dapat lilin.
dah ada lilin budak kecik ni plk sibuk nak tiup...hishh....
sib baik makanan ok (tak tip top sgt...just ok).

budak kecik habis makan dulu...nampak 2 mangkuk oren tu? dua2 dia punya...makan moi sup semangkuk tak cukup.mana la tak bulat.

walau bagaimanapun...it was an experience to us..tak pernah lg bergelap kat kedai makan.
no heart feeling sebab bukan silap sapa2 pun...benda nak jadi.cuma habis makan takleh nak lepak...nyamuk hurung kaki.

*****lokasi kedai ni adalah di Sg Pasir...tepi sebelah kiri jalan utama @ highway dari Sg Layar menghala ke Giant Sg Petani ..tak jauh dah dgn giant...menu utama adalah sup & gear box.supnya sedap (tumpang sup nabila) tapi saya makan yg goreng2 sebab tu rasa ok2 ja.

3 comments:

aLyNnZ said...

Wahhh..candle light dinner lagiii...sib baik makanan sedap kan..cma tak tahan nyamuk ler kan..pengalaman..

Unknown said...

Assalamualaikum, salam kenal kak. ^_^

Cerita pasal blackout ni, kat Mesir sekarang ni macam dah lumrah. Tiap2 hari sejak 2 minggu lepas blackout. Adala dalam 1/2 jam hingga sejam tiap hari. Paling lama 3 hari lepas, 4jam blackout.

"Lama betul Earth Hour", tu antara yang kitorang guraula. Katanya benda ni berlanjutan selama2 bulan sebab syarikat elektrik nak tukar generator.

ieda said...

alynnz...
tu la...sambil makan sambil menggaru...sib baik gelap..hihi

Arham..
lagi letih la kalau macam tu..tapi antara air & elektrik,lebih baik terputus bekalan elektrik sekejap2 drp putus bekalan air...itu lg meletihkan.