17 January 2013

BAHANA TELEFON BIMBIT

assalamualaikum/salam sejahtera..

patient ke 2 terakhir malam tadi...
budak perempuan sekolah menengah.kemalangan depan klinik ni (mmg kawasan kemalangan pun sebab simpang 4 dan semua yg lalu kat situ main redah ja).
rabak kat kaki...tersangkut kat motor kot.
ada luka sikit kat kepala...
sambil2 jahit luka kat belakang kaki tu tanya dia cemana boleh jadi eksiden..
(dia naik motor..langgar kereta)
katanya...tak tahu..

dah tutup klinik saya pi tanya kat org2 kat luar...
rupanya budak perempuan tadi naik motor sambil layan handphone.
dia sampai kat simpang...tak perasan ke kereta yg slow down kat situ..
terus dilanggarnya...
patutlah driver kereta tu tak tunggu kat klinik pun...salah budak tu sendiri.

handphone sepatutnya untuk kemudahan tapi selalu disalah guna..
bawa bencana jadinya.

selalu sgt jumpa org naik motor sambil layan h/phone..bangun2 lagi seluk h/phone dalam poket...dah la bawa motor laju....
(kereta tu lagilah banyak...saya pun kdg2 kalau dah ada call jawab la jugak...
SU boleh siap msg,fb,wassap segala sambil drive...tak larat nak tegur dah).

esok review kaki adik tu...harap2 ok...
lukanya bentuk V...biasanya yg sharp end tu susah sikit nak sembuh sebab kulit yg tersiat tu nipis,kurang salur darah.

tak taulah dia serik ke tidak...nampak relax ja budaknya.


2 comments:

syida said...

memang bersepah2 orang naik motor sambil layan handphone. yang naik kereta pun sama juga.huhuuu

harap2la bdak tu seriklaaa..

salam jumaat :)

ieda said...

syida..
betul tu...macam dah jadi perkara normal plk.