SENANG CARI

16 January 2013

31 TAHUN LALU

assalamualaikum/salam sejahtera..


hari ni 16 Januari...
31 tahun yg lalu (1982)....
saya bersama rakan2 lain serta ahli keluarga masing2 dengan penuh debaran menempuh hari pertama bergelar pelajar sekolah menengah berasrama penuh.
dengan nombor maktab 150/82,saya dengan rasa tidak konfidennya mula menempuhi alam hidup di asrama...

lima tahun di alam menengah & setahun di matrikulasi membuatkan kehidupan di MRSM Kulim menjadi sebati dalam hidup....kenangan terindah yang tiada gantinya.

hari ini di group FB masing2 mengimbau detik pertemuan pertama itu..
31 tahun........
cepatnya masa berlalu...
moga terus diberikan ingatan yang baik oleh ALLAH untuk mengingati detik2 manis dalam hidup.
G-two....we're friends forever.


notes:
ada anak2 yang menangis bila masuk ke asrama buat kali pertama....
katanya,duduk asrama tak seronok seperti yang disangkakan...
well....baru seminggu memang tak seronok...tunggulah lepas sebulan.

tapi tak dinafikan,bukan semua anak serasi tinggal di asrama.yang paling utama....hidup di asrama ada peraturan yang perlu diikuti...belajarlah untuk mentaati peraturan tersebut kerana bila dewasa nanti juga akan ada lebih banyak peraturan hidup yang perlu kita hadapi.....
ia adalah proses pembelajaran untuk hidup.
be strong...dont give up.
tempat pertemuan pertama setiap generasi MRSMK
Dewan Besar
tempat lepak sambil baca buku...sambil usha orang...
pintu masuk ke perpustakaan
juga tempat buat bising dgn miss maz masa matrik
(org takleh marah sebab dia cikgu..hehehe)
tempat tidur @ asrama (dulu2 warna kayu ja)
ini Dang Anum...tempat bermastautin masa form 2.
banyak sangat2 peristiwa notty kat sini...maklumlah form 2...no big exam.
first time plk duduk satu batch dalam satu asrama (sebelum tu campur2 dgn senior)
all of us....
kelas alpha,beta,delta,omega,sigma,theta
latest version of G-two...sebahagian daripadanya.
notes:
semua gambar dari album reunion baru2 ni.

4 comments:

ME said...

Terlalu byk kenangan di sini .. dan tak dapat dinafikan inilah dunia luar pertama untuk me ...

ieda said...

ME...
saya jumpa dua org sedara kat sini...akak & zuraidy.

ieda said...

ME...
saya jumpa dua org sedara kat sini...akak & zuraidy.

ME said...

He3... Dunia ni kecik kan? InsyaAllah ada rezeki akk gi visit Ieda kat klinik.. My sia baru pindah krrja kat sp