01 November 2012

ADA NOMBOR

salam..
1. lama sungguh tidak mencoret di sini...kehilangan mood sebenarnya.banyak perkara yang berlaku dalam hidup ni.suka duka....sabar sajalah.
alhamdulillah ada nabila yang mampu menceriakan suasana walaupun kadang2 hilang sabar dgn kelakuan dia.makin pandai menunjukkan degil....makin pandai juga menunjukkan lawaknya.

2. pagi tadi masa meninjau FB terbaca status seorang sahabat sekampus yang kehilangan anak sulungnya yg berusia 14 tahun.terkejut kerana selama ini tidak pernah dinyatakan sebarang masalah kesihatan arwah...arwah juga seorang anak pintar & aktif dalam sukan.
punca kematian belum dinyatakan.tidak sampai hati juga utk bertanya...biarlah sehingga mereka lebih tenang.
moga kamu & isteri tabah menghadapi dugaan besar ini...bak kata kamu..."Allah mengetahui yang terbaik buat kita".moga jua arwah ditempatkan besama hamba2Nya yang soleh.

3. kenapa orang kita selalu tidak mahu berfikir sebelum bertindak terutama apabila perkara yg nak dibuat itu jelas sekali salah?seorang wanita berkahwin di sempadan dan tidak didaftarkan perkahwinan itu..kemudian hamil tanpa dirancang.kehamilan telahpun masuk ke trimester ke 2 dan suami pula kini punya rumah ke 3....masalah bukan?moga2 dia tidak bertindak sehingga memudaratkan anak yang dikandungnya.bayi yang tidak bersalah.

4. kenapa entry ini bernombor?
sebab ceritanya tiada kesinambungan..

nanti kita sambung elok2...insyaAllah.


5 comments:

Dr K said...

Salam...uishhh..memang lama tak baca entri kat sini...:)

Bagus bernombor kot supaya senang nak baca & faham...

Al Fatihah buat anak kawan tu

Dr Singa said...

saya rasa Arwah tu anak kawan saya..

kat PJ kan?
saya pergi semalam

SURIA AMANDA said...

kesiannya..kes ke 3 pun sgt2 kesian....yg merana pihak perempuan..

ieda said...

DZ..
cuti rehat yg panjang..cuti menulis jelah pun..hehe

DRS..
anak dr rafee...sedih baca post dia selepas tu kat fb.

SA..
kes2 mcm no 3 tu biasanya akak tak kesian sgt...geram adalah.

Dr Singa said...

ha ah..
Dr Rafee..
sian dia..