08 March 2012

LAYANG-LAYANG RUMAHTANGGA

assalamualaikum..
salam pagi Khamis.

saya suka pagi ni...redup @ mendung....selesa gitu.
pagi2 tadi dengar kat RADIO SINAR dalam kereta.suka dengar riuh rendah 3 sekawan ni,hilang stress....(pepagi bangun tidur boleh stress...ish!!).
nak sebut ttg kisah seorang pemanggil perempuan ni yg tak suka suaminya keluar melepak malam2.memula macam confuse jugak dengar sebab katanya suaminya keluar sekali sekala ja.dia tak kisah kalau suaminya keluar sekali sekala (once in a while)...jadi apa masalahnya?

rupanya dia tak suka suaminya balik lewat.walaupun keluar sekali sekala suaminya akan balik sekitar jam 2, 3 pagi.baginya kalau keluar pukul 9 malam balik 11 malam tak mengapalah.

berapa ramai antara kita ada masalah yang serupa?
boleh ke kawal suami supaya balik rumah pada waktu2 yg ditetapkan?

selepas berumahtangga perempuan lazimnya (tak semua) lebih banyak melepak di rumah..banyak urusan rumahtangga yg nak dibereskan tambah2 lagi kalau dah ada anak.kadang2 boleh stress...(ke selalu???)...mungkin sebab itu sesetengah isteri mengharapkan suami lebih banyak meluangkan masa di rumah selepas bekerja.
berbeza dengan sesetengah lelaki yang masih mahu mengamalkan cara hidup orang bujang walaupun telah beranak pinak.
adakah ia menjadi kesalahan?

pendapat saya....
sekali sekala suami keluar & balik lewat taklah menjadi masalah asalkan kita tahu ke mana dia pergi.suami juga mestilah boleh dihubungi andai ada kecemasan di rumah.jangan pula bila dah duduk dgn kawan2 dia offkan handphone...tak patutlah.
isteri pun kalau dah tahu suami sembang dgn kawan2 janganlah asyik mesej atau call ja..takut nanti dia balik cepat tapi bila sampai rumah muka mencuka...nak tidur pun stress jadinya. 
suami juga kalau nak keluar tengok2 dulu keadaan dalam rumah tu...andai masa tu ada anak tak sihat atau isteri yang sakit,tak payah la keluar.tunggulah hari lain.
sekali sekala kalau jumpa dengan kawan2 yg jenis family man,bawalah anak isteri bersama2.

teringat kata isteri seorang selebriti yang pernah alami masalah rumahtangga tapi sekarang alhamdulillah hidup aman damai semula..
katanya "mengawal suami biarlah seperti kita mengawal layang-layang.lepaskan tali sedikit demi sedikit tetapi jangan lupa sekali sekala kita perlu menarik tali itu semula supaya ia tidak terus terbang tanpa arah."

****adalah lebih baik andai kita mengenali teman2 pasangan kita...jauh lebih baik andai kita bersahabat dengan keluarga mereka****



No comments: