hari ke 3 adalah hari yg ditunggu2 oleh semua peserta.dah tak sabar2 nak naik bot ke pulau.kali ni kami ke HONG ISLAND,juga dikenali sebagai pulau bilik kerana untuk sampai ke pulau ini kita perlu melalui laluan seperti lorong yang agak sempit seolah2 kita menghala ke bilik.
pulau ini sangat cantik...dengan pantai yang bersih,pasir yang halus & lembut.kawasan airnya juga mempunyai banyak terumbu karang beserta spesis2 ikan yang jinak.sangat esuai untuk mereka yang meminati aktiviti snorkeling.
tak banyak gambar yang boleh diambil sebab cuaca kurang memuaskan...hujan hampir sepanjang hari.kadang kala renyai.berhenti sekejap kemudian renyai semula.
rela tak ambil gambar...asalkan kamera selamat.
sebelum naik bot,keluar ramai2 cari sarapan.hotel baru ni masih belum ada cafeteria.jadi kena pandai2lah cari sumber sendiri.SU bawa kami ke kedai kawannya...ada roti canai,nasi lemak & laksa.masa kami sampai kedai dah padat....campur lagi dgn geng baju oren ni...serabut...hihi.
Pee tersenyum ja melayan tetamu yg kelaparan. |
roti canai satu pinggan ada 2 biji...kecik2 ja.dgn kuah kari 15 baht..kalau dgn susu & gula 20 baht...air standard...semua 20 baht.saya minta air suam tapi dapat air teh 0 kosong tanpa gula yg dihidangkan dalam cerek kecil...lupa plk nak ambil gambar.kata SU kalau minta air suam mmg dapat macam tu...tapi ok juga...sedap.
lepas makan balik semula ke hotel tunggu tut tut.....lambat plk kali ni.
akhirnya sekitar jam 11.30 tut tut sampai.....2 buah.satu utk lelaki & satu utk perempuan.
pukul 12 tgh hari sampai kat pantai...sementara bot nak sampai,masing2 tempek sunblock dulu.saya tak guna pun...malas.mujur tak panas...kalau tak mmg hangit juga macam last visit.
budak kecik ni pun dilumur sunblock oleh umienya...habis satu badan. budak gebu takkan nak dibiarkan hangit...ye dak? |
12.30pm...bot bergerak.......2 buah bot sebab tak dapat bot besar..
suspen jugak sebab rasa dekat ja dgn air laut..alun kuat plk tu.
1.. bot lagi satu 2..jalan masuk ke tasik (pulau2 membentuk laluan menjadikan kawasan laut itu seperti tasik). ada aktiviti berkayak di sini. 3..dalam kawasan tasik |
tiba di pulau yg dituju. budak sorang tu (idlan)tak sabar2...terus terjun.time orang makan dia pitam. sib baik tak melarat sampai pengsan. |
pantai yang cantik |
seronok dikerumuni ikan. rasa macam boleh tangkap ja...tapi ikan tu jinak2 merpati... campak apa pun depa serbu.tembikai pun makan. sib baik tak makan orang..hehe |
tempat makan yang selesa kat pulau ni. makanan nampak simple tapi sedap esp ayam dalam plastik tu. |
dalam perjalanan balik kami singgah di satu lagi perhentian.pantai ni agak kecil dan terlindung.pesan tekong bot kepada chip....
"kita berhenti di sini sehingga cuaca elok.tempat ni adalah yg paling selamat.saya tak berani bawa kamu semua balik sekarang sebab cuaca tak elok.ada budak kecil dalam bot.tak selamat.kita tunggu di sini buat sementara."
pulau/pantai persinggahan |
boleh snorkeling jugak kat sini |
kami yang sedang bergosip. hujan agak lebat tapi kat tempat kami lepak tu tak kena hujan. terlindung oleh tebing batu yang membentuk bumbung. |
ahah!!......how do you feel when u heard that kind of statement?
redha sajalah kann...
alhamdulillah..menghampiri jam 5.30 ptg cuaca agak cerah & kami bergerak balik ke pantai Ao Nang.laut bergelora...hujan sekali sekala lebat sepanjang perjalanan.seronok juga main hujan walau dalam hati berdebar2.
hampir sejam perjalanan kami selamat sampai di pantai....lega rasanya.
OTW balik. (dari kamera member) kuyup dgn air hujan + air laut yg tersimbah ke dalam bot. suspen tapi enjoy gak.. |
balik hotel membersihkan diri...solat & rehat.
malamnya keluar mencari makanan...jenuh berpusing2 mencari kedai yg halal.akhirnya jumpa juga satu kedai berhampiran medan selera.kecil saja kedai ni tapi kami ramai2 serbu juga.makanan memuaskan hati walaupun servis agak slow..maklumlah "ayam bercakap dgn itik"..
lepas kami makan kedai tu terus tutup operasi...semua makanan habis....hahaha...untung pakcik malam tu...balik awal.
lepas hantar ibu2 & anak2 ke bilik,bapa2 yg tetiba jadi org bujang keluar merayau kat pantai Ao Nang....jam 3 pagi baru depa balik tidur.
2 comments:
wow! bestnyer! kat situ leonardo di caprio berlakon, kan ? :)
mak su..
ya ka?tak tau la plk....hehe...ketinggalan sikit bab2 ni.
Post a Comment