SENANG CARI

30 December 2011

PHUKET-KRABI-HADYAI.....DAY 2

salam..


hari ke 2.
lepas solat subuh masing2 tarik selimut semula.letih + sejuk + ngantuk...tidur la kann...
lepas budak2 puas mandi kat kolam hotel baru kami berkemas untuk check out.bebudak ni pun mandi sat ja...sejuk katanya.

plan hari ke 2 ialah ronda2 Phuket & kemudian terus ke Krabi.
pukul 11 check out.kemudian sesi bergambar beramai-ramai kat depan hotel.berpeluh2 sebab cuaca panas.angin kuat tapi bahang tetap terasa.
OUR BIG FAMILY

11.50 pagi - bergerak meninggalkan hotel dan jam 12.30 tgh hari tiba di PATONG BEACH.sedikit kesilapan mengatur masa sebab di waktu tgh hari amat susah nak dapat parking kat area sini.padat....mujur juga bergerak secara berkumpulan.dapatla sedikit pertimbangan dari org yg jaga parking utk letakkan kereta kat tempat2 yg tak dibenarkan parking.
kedai makan yang di target oleh SU tutup la pulak...mujur ada satu lagi restoran Muslim kat situ.maka kami berhimpun & membuat havoc di RESTORAN WAI.
menu sangat variety...harga reasonable...rasa makanan puas hati.
BEBUDAK NI BERIA2...MACAM FAHAM...HIHI
SEDAP NYOQ DEPA CHIP???

NEXT TIME KENA MAI MANDI LAUT KAT SINI.
DECEMBER ADALAH PEAK SEASON...PADAT.

lepas makan lepak2 sekejap.kemudian terus berkonvoi untuk sight seing.melalui KATA BEACH & KARON BEACH.
KARON BEACH...TAK TURUN KE PANTAI..PANAS..
LEPAK2 KAT SINI SAMBIL PAKAT2 AMBIL GAMBAR BUDAK COMEL...AFRINA.

singgah sekejap di KARON VIEW POINT.....pemandangan dari sini sangat cantik....
PATONG BEACH & KARON BEACH
DILIHAT DARI KARON VIEW POINT
WITH ABG BAD,KAK NOR & ALIYA
MENYUSURI JALAN BERBUKIT & BERLIKU...MACAM KE BALIK PULAU
DI TEMPAT MELIHAT MATAHARI TERBENAM
(LUPA NAMA TEMPAT NI)
TEAM MEMBER BARU (& FRIENDS)
NEXT TIME CONFIRM JOIN LAGI...KAN?

BUDAK RAMBUT PACAK...IDLAN..
SUKA AMBIL GAMBAR DIA....SPORTING.
STILL SMILING WALAUPUN NTAH BERAPA KALI KENA POSE SEBELUM DAPAT CAPTURE GAMBAR NI
(SEBAB ASYIK ADA GANGGUAN DARI ORG KELILING )

NOTES DI BAWAH TUGU DALAM GAMBAR BAWAH NI..

TEMPAT SEMBAHYANG DEPA...
PENUH DGN PATUNG GAJAH MACAM2 SAIZ & WARNA

lebih kurang jam 5 ptg kami meneruskan perjalanan menuju Krabi.jalan sesak tahap maksimum.tapi pengalaman berkonvoi membolehkan kesemua 14 kereta bergerak tanpa terpisah jauh.sekali sekala terputus dipersimpangan lampu isyarat tapi selepas itu dapat bersambung semula.
SESAK MEMANJANG

5.30 ptg - berhenti solat di MASJID NURUDEE NEEYAH.kebetulan imam masjid ada di situ (Haji Mat Sahor).beliau telah sudi membacakan doa selamat sebelum kami meneruskan perjalanan.....terimakasih Tuan Haji.
TUAN HAJI MEMBACAKAN DOA
SEHELAI T.SHIRT KONVOI UTK TUAN HAJI
& SEDIKIT SUMBANGAN WANG UTK MASJID... DARI PESERTA KONVOI

dalam perjalanan SU call hotel DI kRABI bgtau kami akan sampai malam.
jam 8.30 malam barulah kami keluar dari sempadan Phuket.....terasa lama sungguh perjalanan kali ni.jam 10 malam barulah kami memasuki pekan Krabi.terus saja menuju ke restoran untuk mengisi perut.lepas makan baru check in kat hotel.
kali ni kami makan di Ruantalay...restoran atas kolam seperti dalam entry saya awal tahun dulu.ada teman yg ajak makan kat tempat lain tapi dah malam....tak tau mana nak cari kedai halal.....
JUGA PESERTA KALI PERTAMA
MEREKA ADALAH  JIRAN SAYA...TOKEY ROTI CANAI TERBAIK DI SP.
TENGAH TUNGGU NAK ORDER MAKAN DI RUANTALAY
masa makan SU dapat call dari hotel mengatakan mereka nak ambil dua dari bilik yg kami tempah untuk diberi kpd org lain sb kekurangan bilik.SU tak benarkan...yelah...kami pun nak bilik juga...dah bayar pun.

12.45 am....sampai hotel....KRABI CONDOTEL (11.45 pm waktu Thai)..
and...dush!!!!
bilik kurang.....dua dah dibagi kpd group lain...org Bangkok.
mulanya staf yg incharge nak bagi ganti 2 suite utk dua bilik yg diambil tu...tanpa charge tambahan dgn syarat esoknya mereka akan tukarkan semula ke bilik asal....takde masalah di pihak kami.
malangnya boss dia tak benarkan.....masalah bermula....
bermulalah macam2 cadangan & alasan.
antaranya...mereka uruskan bilik di hotel lain atau kongsi bilik......
mana boleh terima....deposit dah bayar berbulan lamanya.SU pun dah call bgtau masuk lewat.senang2 dia lepas bilik kat group yg tak booking....panas jugak la kat lobby tengah2 malam tu.

at last depa mengalah... pindahkan org dari Bangkok tu ke hotel lain.satu bilik lagi adalah bilik yg digunakan oleh staf hotel.....sebelah menyebelah.tengah2 malam depa kemas bilik....dapatlah semula 2 bilik tu.
dah settle bilik member barulah kami boleh ke bilik sendiri...1.30 pagi landing on the bed...SU mandi,solat then keluar semula untuk uruskan trip ke pulau esoknya.pukul berapa dia masuk tidur ntahla....tak perasan dah.
BILIK KAMI
BUDAK2 TIDUR KAT SINI JA...KAMI DALAM BILIK..HIHI

overall for day 2.....letih tapi seronok.

***KRABI CONDOTEL ADALAH HOTEL YANG BARU BEROPERASI TAHUN INI....MILIK ORANG ISLAM...BOLEH BERURUSAN DENGAN PEKERJANYA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU*** 

3 comments:

Daddy Ziyyad said...

fuuhhhh..best kan...saya teringin nak sertai convoy macam ni....teringin jugak nak ke sana, sebab thailand tu kampung asal nenek saya! haha..

nak baca Day 1 punya adventure lepas ni

Salina@IbuAqil said...

uishhhhhh bestnya kak.. luasnya pantai... ;) Happy New Year Dear!! ;)

ieda said...

DZ..
better belajar speaking Thai...haha...
jom join 2013 trip...insyaAllah another visit to Thailand.

salina..
happy new year to you too...pantainya sangat2 bersih compared to ours..