12 September 2011

SIAPA CHARLIE?

salam..

belek2 folder gambar ternampak gambar ni.
saya capture dlm bilik mandi kat rumah beberapa minggu lepas.
kita lupakan cerita raya sat.

pernah tengok tak?


ada orang panggil charlie....tak taulah sebab apa dia jadi charlie.
serangga ni dari kumpulan "PAEDERUS".
nampak ja lawa..kaler2 gitu.tapi kalau tersentuh dengan cecair dlm badan dia tu...habis melecet kulit.

saya pernah kena masa year 5 dulu.
kena kat leher...pedih sungguh rasanya.sangat tak selesa esp bila hari panas.
memula pi check kat doktor OPD..depa pun tak tau sakit apa.then refer kat skin.masa tu bos takdak.jumpa MO ja.terus dapat ubat kayap.masa review lepas seminggu baru jumpa bos (skin specialist).siap kena gelak la MO tu dgn bos dia...'bukan kayap la'....katanya.'ni paederus dermatitis....sejenis iritasi kulit akibat terkena serangga'.
kenapa saya boleh ingat scene ni?
sebab masa tu specialist tunjuk gambar serangga ni.beberapa hari lepas tu kami jumpa haiwan kecik ni..terus tangkap simpan dalam plastik.kebetulan masa tu posting skin.MO yg silap diagnosis tu ambil kelas saya.kami letak plastik tu kat meja depan.bila dia masuk my friend tanya..."dr...kenal tak binatang ni?"....dia senyum2 ja..pastu jawab.."kenal..paederus".
google pic


binatang ni suka lepak kat rumput2 di sekitar kawasan rumah padang sekolah.waktu malam dia terbang ke arah cahaya lampu.sebab tu boleh ada dalam bilik.biasanya terkena kat badan masa kita tidur.bangun tidur ja rasa pedih2 kat kulit.bila tengok ada macam lecur & blister.

google pic
kalau tak pernah jumpa mmg org akan kata kena kayap.
bezanya...
kayap sangat sakit.kadang2 sakit datang dulu.lepas beberapa hari baru nampak kesan blister kat kulit.paederus dermatitis tak sakit sangat.cuma pedih.

kayap berlaku mengikut distribusi saraf.maknanya ia berkelompok dan tidak berlaku serentak di kedua2 bahagian badan iaitu kiri dan kanan.paederus dermatitis berlaku tak kira tempat secara serentak...contohnya boleh ada kat muka,badan & tangan dalam masa yg sama.

rawatan utk paederus dermatitis biasanya adalah krim steroid,antibiotik & ubat tahan sakit.
untuk kayap plk ialah ubat anti virus secara oral & krim(mahal wei) dan ubat tahan sakit...steroid tak boleh bg kat kayap.


lepas ni kalau ada anak2 yg duduk kat asrama balik rumah tunjuk kesan2 lepuh macam ni kat merata2 badan dia janganlah risau sgt...dia dah kena kiss dgn 'charlie' ja....tapi kena jumpa doktor & ambil rawatan juga, takut dapat secondary infection iaitu jangkitan bakteria.





5 comments:

Fadhilah Maarif said...

binatang kecik cam gitu boleh membuatkan kulit melepuh dengan teruk sekali..eiiiii ngerinya..

Dr K said...

Ya Allah, thanks a million akak!!! Saya belajar benda baru ni. Tak pernah terfikir nak buat diagnosis paederus dermatitis ni. Serius. Ilmu baru ni.:P

ps: At a glance, memang looks like a herpes zoster :)

ieda said...

fadhilah..
ni kecik bukan sebarang kecik...hehe

DZ..
welkam dik..akak pun banyak gak kutip ilmu dr blog kamu.
problem ni quite common utk student yg duduk hostel sebab kat tepi hostel biasanya ada padang rumput.

Cikgu Zira said...

dulo mase beljr kat uitm penang..setiap hari kena..xle bunoh..if bunoh lagi bnyak yg dtg..ape kami wat just selotep kan je..terseksa!!
satu badan la penah kena mamah binatang bername charlie ni..sampaikan g final exam lebam biji mate sebab dimamah charlie..

huhu...ohh charlie

ieda said...

cikgu zira...
akak flushkan dalam toilet..hehe