27 July 2011

UBAT DARI LIPAS

salam.
hari ni kita cerita hal lipas.
sapa suka lipas?...ee...saya sangat tak suka esp yang boleh terbang tu.geli geleman...kalau saya nampak ja lipas, mmg cepat2 cari ridsect...spray sampai tertonggeng lipas tu.
pelik cemana orang boleh makan lipas.

kita selalu kaitkan lipas dengan persekitaran yang kotor.
tapi saya baru dapat info ni.
artikel pendek dari READER'S DIGEST bulan August 2011.

menurut artikel tersebut,lipas didapati dapat membantu menyelamatkan nyawa manusia.
bagaimana?
penyelidik daripada University of Nottingham UK mendapati bahawa sel otak lipas memiliki bahan yang bersifat seperti antibiotik yang berkesan untuk membunuh lebih daripada 90% bakteria yang merbahaya kepada manusia
seperti MRSA (methicillin resistant staph aureus) dan patogenik E coli.

(ada baca tentang wabak penyakit dari lembu baru2 ni?...well..itu adalah angkara bakteria E coli).


pengambilan otak lipas ini tidak memudaratkan kesihatan/sel manusia.
penemuan ini boleh membawa kepada penemuan ubat untuk membunuh bakteria yang rintang @ tahan kepada pelbagai jenis ubat (multi-drug-resistent bacteria infections).


maka sekarang...nak berkawan dengan lipas?
agak2 lipas jenis mana yang boleh diternak?potensi untuk bisnes ???....


boleh bayangkan tak satu hari nanti ubat yang anda makan adalah berasal dari lipas???ergghhh!!!!


dalam artikel ini tertulis bahawa ubat ini akan sampai kepada umum dalam masa 5 hingga 10 tahun lagi.


4 comments:

Ann Huda (Ate) said...

Ohhh tidakkk..
Ate paling geli (ke takut) dg lipas. Biar tikus atau cicak Ate akan tentang habis-habisan tapi lipas...mau Ate lari lintang pukang beserta menjerit lagi.

Tak leh nak gambarkan makan 'lipas'...??? Walau obat, eiiii..

mak encik | SZ said...

saya boleh kaya pasni klu boleh jual lipas2 kat umah ni...heee ;p

Noina said...

eee..cam tak sanggup je nak makan..nampak lipas pun dah terjerit2..hehe..ni kan pulak nak makan..

ieda said...

ATE...
KINI KU TAHU KELEMAHANMU...HAHA

SZ..
KILANG BUAT RIDSECT BOLEH TUTUP.KITA PLK JADI TOKEY...KAN?

INA..
BAU LIPAS PUN AKAK DAH TAK TAHAN.
TAPI KALAU DAH SAMPAI TAHAP LIFE SAVING...BALUN JA LAH..HIHI