10 February 2011

SUARA BAPA LEBIH MERDU DI TELINGA ANAK

salam.
bila baca entry NOINA ttg anaknya yg menangis tanpa henti kat entry ni saya teringat satu moment masa belajar di tahun 5 (final year).masa tu ada clinical session kat klinik paediatrik.kami dipecahkan kepada kumpulan2 kecil dalam 4 @ 5 org satu kumpulan & kena masuk dalam bilik pakar tengok & belajar (& kena jawab soalan2 cepu mas) macam mana nak handle pesakit di klinik.kumpulan saya masuk dalam bilik pakar yg juga ketua jabatan paediatrik & lecturer kami masa tu....a firm but nice boss.
doktor ni suka bagi tips ttg cara menangani pesakit.

masa tu ada seorang baby yg dibawa oleh maknya utk rawatan.tak ingat dah baby tu sakit apa tapi masa masuk tu dia asyik la menangis...tak tau puncanya...(mind u...klinik macam ni handle pesakit2 yg bukannya kes acute macam demam panas,sakit perut etc).apa yg pakar ni buat?dia ambik baby tu...dokong rapat ke dadanya & dia dodoikan perlahan2...just bunyi...hmmmmm...hmmmm....baby tu diam....senyap & tenang.

apa yg pakar ni cakap?
bila baby menangis & u tak jumpa apa puncanya,bagilah baby tu kepada bapanya utk didodoikan.(bapa plk jgnlah marah2).berbanding suara ibu,bayi sebenarnya menjadi lebih tenang bila mendengar alunan suara org lelaki (tone suara yg berbeza).
 budak ni kalau nangis2 bagi kat abahnya...abah cakap..
"hait!!...diam!!!"
terus..hek...hek...hek...ambik kain lap2 hidung.

so...pesanan utk kaum bapa semua...janganlah biarkan ibu sorang2 nak tenangkan anak yg menangis..
do your part.
ni utk baby saja yer...toddlers not counted.

5 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

bab Nabila ayah dia ckp "haitt..diam" tu yang tak tahan tuh..hehe..

hurm..pas akak tulis komen kat entry ina tadi..ina terus bacakan kat depan zul..tapi tadi tak sempat nak praktikkan..sebab ayah dia nak gi keje..hurm..nanti nak cubalah kak..thanks kak..

Azma said...

haha..sama cam ina..memang rasa nak gelak kuat2 tp dah tngah malam nnt en hubby terbangun tak pasal2 kena marah cam nabila plak...ahakss..

tips yg bagus ni.. bila diingat2kan semula, mmg betul la.. Hasif kalau nangis tgh2 malam, saya cuba pujuk kdg2 x jalan lansung sampai hangin satu bdn. Bila saya dah hangin br le encik hubby bgn & pujuk si hasif..sekejap je dah ok.. bengang je rasa, jeles pun ada..hehe..

munna said...

berkesan dgn anak munna.. bila abah dia yg dodoi senyap je dlm buai

Min said...

sangat bersetuju... mawaddah pun sama, kalau ummi dah tak tau nak buat apa, ayah dia kan take over, dengar ja alunan lailahaillah dr ayah dia, senyap & tidur terus...

Anonymous said...

baguslah idea nih!

ilmu yg berguna.. :D