07 February 2011

JALAN-JALAN CARI MAKAN Pt 3

salam.
hari ke 2 di Melaka sebaik saja lepas sarapan kami terus ke RIVER CRUISE.kami yg pertama beli tiket pagi tu.oleh kerana aiman & nurul dah sekolah menengah maka harga tiket depa pun dah setaraf dewasa.untuk nabila SU tanya
"budak kena beli tiket jugak"
"kena encik..separuh harga"
terus ja SU angkat nabila tunjuk kat kerani tu.
"dia ni kena jugak ke?"
"ooo...tak payah...dia  free"
terus sembang2 pasai nabila.

lepak2 sementara nak 9.30 pg.
budak excited tengok air
ada gaya penyelamat tak?
masa ni angin dia tak elok sebab tak boleh meronda dalam bot tu.
so abahnya pakaikan life jacket utk distract dia.
budak perempuan yang pandang2 dia tu pakai subang gantung..
masa duduk kat sebelah budak tu nabila asyik ja dok ulang2 pegang subang dia sampai budak tu suspen..hehehe
bila biar dia duduk kat sini barulah aman tenteram.
saya suka lukisan2 kat dinding bangunan sepanjang sungai ni.
sangat cantik.
juragan muda.
kalut ja nak duduk kat sini.

selesai penat lelah kat River Cruise kami ke Menara Taming Sari plk.
cuaca dah makin panas walaupun baru pukul 11 lebih.parking pun payah.tapi dapat jugaklah yg dekat2.kat kaunter tiket situasi sama ja dgn kaunter tiket River Cruise.bila tunjuk muka nabila terus ja dapat free.
berbaris tunggu giliran tu punyalah lama.saya tak daya nak control nabila.pas kat abahnya ja.
naik motor pun free jugak sebab asal ada budak turun dia pi sambung.
dapat 3 bijik motor kat dia.
orang yg jaga tu tak tau nak kira...bg free jelah.
relax2 saja masa naik menara ni.
masa memula tu saya macam 'eh...boleh ka ni?'sebab saya mmg jenis gayat.
tapi bila dah naik rasa biasa ja pun.mujur gak..kalau tak malu kat bebudak..hehehe
perasan tak saya pakai seliper ja...that's the real me...sorrylah nak berkasut lawa2..pakai seliper senang nak bergerak esp ada anak macam peluru ni.
nabila menikmati pemandangan.
she's enjoying the ride very much.duduk elok ja kat dalam tu.
salah satu view yg SU capture.

panas & letih jaga nabila...balik daripada dua aktiviti ni badan rasa lain macam ja.kami tak balik chalet tapi terus ke rumah kawan SU untuk lunch.rupanya wife dia masakkan nasi lemak sb tahu malam tadi SU cari nasi lemak tak jumpa.
dalam tak sedap badan tu bertambah jugak nasi saya.

lepas makan baru balik chalet utk mandi manda & solat.lepas check out, keluar ke bandar sekejap cari t-shirt utk MIL & anak2.beli cencalok utk my sis.
kalut2 ja beli sb member from Johor dah tiba kat Melaka.kami nak gerak bersama2
ke Selangor then terus ke Lumut Perak.

6 comments:

wahida said...

tiket river cruise tu dah naik harga..mencik!!

A.I said...

Dah lama Ai x blk Melaka...huhuhu..

produk ococ said...

alamak...org kedah dh naik river cruise melaka, org dok dekat je pun blm naik lagi nih...x leh jadi...heheh

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

dolu masa bujang.. rajin le turun melaka nih.. bila kawan dah kawen... dia sibuk dgn keluarga... pakcik pun dah jarang nak kesana.... huhu... dolu lain.. sekarang lain...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Ieda, wah dah naik cruise tu, dulu akak pergilah waktu petang..orang punyalah ramai. Balik ajelah..sampailah ni, balik-balik melaka tak pernah pergi pun..orang jauh dah sampai dah. Melaka sekarang memang panas sungguh..

ieda said...

wahida..
dulu lagi murah ka?tp RM10 tu kira oklah jugak..minyak kan mahal la ni.

AI..
kumpul duit dulu..pastu balik enjoy kat melaka...mesti meriah.

nuyin2u..
adatlah tu...org jauh mesti sampai dulu.

dotblogspotdotkom..
get married laaa....hehe

kak yati..
ingatkan musim banjir ni hujan..rupanya panas..
kak,saya ni kan...gunung jerai tu pun tak pernah jejak lagi.padahal ada kot 20 min drive ja...