06 February 2011

JALAN-JALAN CARI MAKAN Pt 2

salam.
inilah tempat tujuan utama kami ke Melaka..

misi mencari ROTI JOHN ASLI.
dengan bantuan miss G akhirnya jumpalah jugak tempat ni..
lokasinya di tepi Pantai Puteri,Tanjung Kling Melaka.
betul2 tepi jalan tapi signboard agak terlindung.
bila dah sampai sini baru SU terperasan yang masa konvoi ke Melaka tahun 2008 kami stay kat hotel yg tak jauh dari sini.
cerita ttg Restoran Barkat ni pernah keluar kat TV masa bulan puasa tahun lepas.jadi kami esp SU selaku peminat setia roti john naklah juga tau cemana rasanya roti john asli ni.
masa kami sampai tu customer tak ramai sgt tapi first impression mmg out dah la.layanan slow.lama gak kena tunggu sebelum ada yg datang ambil order.
kami order 2 roti john,ayam golek separuh & air (my teh ais tak sedap...tawaq).
inti dia ada rasa bilis & sardin.
jangan lupa makan ayam golek ni...nampak simple tapi rasa mmg terbaik..

kesimpulannya...
roti john.... biasa2 saja.saya prefer Roti John Marvellous Perda.SU prefer Roti John Klang (nama baru...Roti John Putra).
ayam golek....memang sedap...secukup rasa.

dari segi harga tu taklah mahal sgt..roti john RM3.90 satu.ayam golek RM8.50 separuh.
seronokla boleh ronda-ronda

lepas makan kami ronda2 kat pantai sambil ambik gambar tapi angin kuat sgt..gambar tak berapa elok...(tak pandai guna kamera, nak salahkan angin..hehe).

singgah kat River Cruise..org ramai sgt.so cancel crusing utk malam tu.pi kat menara Taming Sari..pun ramai jugak.tak daya nak menunggu sb nabila dah moody.ngantuk.kalau setakat kami berempat sanggup lagi melepak kat situ.so decided utk kembali sebelah pagi.
berbaris nak naik bot..

SU kelaparan.cari nasi lemak tak dak.last2 beli kaya dlm botol.makan dgn roti.
mek bambam tu tidoq dalam kereta tapi sampai ja kat bilik boleh plk dia bangun join org makan..ish...manala tak bambam.

7 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

ada ye roti john asli, tengok pun memang asli, tak de pertambahan yang pelik-pelik. Bukan cam kat pasar malam sekarang, sampai tak boleh makan, menimbun sos diletaknya.amboi gembirannya sicomel tu.

mak encik | SZ said...

teringinnn gak nak naik river cruise tu...
betul la kak, g je bukan cuti umum ke cuti sekolah kan...
jangan kesunyian takde orang sudah la :P

memanggg bambammm la cik nabila tu ye..pissss! :)

Dr K said...

wahhh..penggemar tegar roti john ya..ronda2 satu malaysia cari roti john terbaik....

Unknown said...

kalo nak banding yang kat tanjung puteri,
rasanya roti john kat pasar malam lagi best..
Ayam golek dia je yang best..
Saya berani cakap coz saya orang Melaka..

Pnut said...

awat tak mai singgah putrajaya??ishkkk roger la...

ieda said...

cik ina..
saya lg suka yg pasar malam punya..tapi mmg sememeh la bila makan..hehe

sz..
naik berdua2an lg best..macam honeymoon kat oversea.

DZ..
sekadar nak tahu yg asli tu cemana sebenarnya.

jamiel..
saya sokong..

pnut..
sorry takdan.jadual padat.kalau nak pi kat umah pnut kena spend koman2 sehari.baru puas makan..haha
next time ok.

SURIA AMANDA said...

seronoknya jalan2 kasik kering poket..sorry akak..kat umah xde tenet pasal tu x leh nak check...