11 January 2011

KENAPA PERLU TAKUTKAN PELAJAR?

salam.
pagi tadi dapat sorang patient budak sekolah rendah yg ada masalah tiap2 pagi sejak mula bersekolah thn ni.tiap2 hari nak muntah.makan tak lalu.
bila sembang2 dgn mak dia rupa2nya dia susah hati nak pi sekolah sebab cikgu kelas tahun ni lelaki & garang sikit.sebelum ni dapat cikgu perempuan.
bila tanya lagi..rupanya dia dah kena pukul sekali dgn cikgu ni sebab lupa bawa buku.

dulu pun saya ada kes macam ni.asal sampai sekolah ja sakit perut...tiap2 hari.bila tanya banyak kali,rupanya dia takut nak masuk kelas sebab cikgu garang sampai tahap baling buku murid (cikgu perempuan)....yg ni sekolah lain.

memang kesian la kat budak2 macam ni.fobia nak pi sekolah.pada saya cikgu2 sekolah rendah esp yg ajar tahap 1 tu takyah la nak garang2 sgt.bukan semua budak boleh terima bila kena marah tapi semua budak akan suka bila dipuji & dipujuk.guna kaedah memujuk & menasihat.kalau depa takut kat cikgu pun takdak faedahnya.nak belajar pun tak selesa.nanti bila depa dah besar rasa takut tu akan hilang & diganti dgn dendam.lebih baik pupuk rasa hormat terhadap guru dalam diri budak2 ni.
lagipun personaliti budak2 tak sama.ambillah masa sebulan dua yg awal ni utk mengenali peribadi anak murid.ada yg bila dimarah dia boleh belajar dgn baik.ada juga yg bila kita marah langsung sentap..otak jadi kosong..(anak sayalah tu).ada yg boleh siapkan kerja sekolah tapi slow & steady saja rentaknya..ada yg suka melukis tapi malas nak membaca.kalau 40 murid dalam satu kelas maka ada 40 personaliti yg perlu difahami oleh guru kelas itu.memanglah kerja yg sukar tapi itu tanggungjawab yg perlu dipikul dgn amanah.

bila ada ibubapa datang jumpa guru utk bagi pandangan ttg sifat anak2 mereka,terimalah dgn hati yg terbuka.jgn anggap ibubapa itu cerewet atau minta perhatian tertentu utk anaknya.anggap saja ibubapa itu sedang membantu guru utk memberi yg terbaik utk anaknya.ibubapa plk jgnlah terlebih2 meminta @ demand.kalau cikgu marah anak kita secara berhemah biarkan sajalah..itu utk kebaikan anak juga.

utk patient tadi (std 3) saya cuma minta dia berani untuk ke sekolah.jgn takut pada cikgu.rajin belajar & sentiasa siapkan kerja sekolah.dalam kelas jangan bising2...bila cikgu takdak baru boleh bising..jangan lupa bawa buku lagi.pastinya cikgu tak marah.kalau cikgu pukul sb buat salah tak mengapa..tapi kalau cikgu pukul takdak pasai..balik bgtau mak.

utk kes yg lama dulu tu saya mg suruh tukar kelas.tgk budak tu mmg dah nampak dia ketakutan.

itu belum masuk bab
1.beg sekolah berat..darjah 2 belajar kat tingkat 3....terdayakah nak usung beg naik turun bangunan tiap2 hari?
2.jadual belajar yg padat....sampai rumah pukul 2 lebih...2.30 dah nak ke sekolah semula utk KAFA.

tak boleh ke sistem persekolahan anak2 kita ni fleksibel sikit?
saya rasa seolah2 dalam masa kita melahirkan ramai genius akademik kita juga sedang melahirkan ramai kaki ponteng & ramai pesakit mental di usia remaja.

saya suka zaman sekolah saya yang santai...
tadika,sekolah rendah,sekolah menengah & matrikulasi.
universiti lainlah kan..memang stress tapi tetap nak relax2 jugak.

12 comments:

Miss AnisSensuous said...

Betul.anis setuju sangat.apa guna murid takut kat kita tapi tak menghormati kita..

Anonymous said...

exactly. saya tahun ni pengalaman pertama anak sekolah kebangsaan. yang sulung baru masuk darjah 1. Alhamdulillahs etakat ni guru kelas baik, ok lah professional. tapis aya sungguh tak gemar, tak suka, asal sikit sentuh pasal grading, grading, exam, results. nampaklah sgt sekolaha da target pencapaian. lepas tu macam push murid. maksud saya sitem pembelajaran kat malaysia ni lah. too much exam oriented, grading oriented. belajar untuk apa? untuk result bagus. bukan belajar untuk manfaat ilmu, secara total.

saya memanglah nak anak pandai, tapi saya pentingkan quality ilmu yang dapat masuk dan dimanfaatkan anak saya, raher than dapat 20A sekal pun tp hanya setakat pandai dalam dewan peperiksaan, tak guna sikit pun macam tu.

tapi tulah dia, orang malaysia sekarang ni pun kiasu. macam berlumba2 nak anak cerdik sampai tak kisah, tak terfikir beban yang anak belajar satu hari suntuk. celik mata sampai nak tidur malamnya belajar belajar dan belajar saja. bukan tak boleh, tapi tengok umurlah. sekolah rendah lagi pun...

ieda said...

Anis..
bila murid hormat guru ilmu yg dia dapat tu lebih berkat & guru pun dapat pahala bila ilmu yg dibagi tu dimanfaatkan oleh anak murid.

anonymous..
setuju tu.ada murid yg kurang bijak dlm aademik tp ada potensi besar dlm bidang lain spt muzik,lukisan,pertukangan etc...malangnya anak2 ni terpaksa tunggu dalam sistem yg terhad ni sampai umur 16 thn..saya rasa ianya sgt2 membuang masa.

LayarLara said...

Anak saya yang darjah 3 tu pun kene rotan pada hari pertama naik sekolah sebab tak bawa buku teks. Cemana nak bawa?? First day, jadual pun takde. Takkan nak hangkut segala buku teks? Cikgu ni pun nak merotan agak2laa..

ieda said...

layarlara..
oit!!!...cikgu tu dah overlah.agak2 la sikit..sian kat anak u...

Nanak said...

hi,
teringat zaman sekolah dulu, cikgu ni suka sgt ketuk pemadam papan hitam atas kuku kita wpun kesalahan kecil.ehehee

Dr K said...

Thanks kak. Ni useful GP tips nih.
So kena letak as one of differential dx kalau ada budak darjah satu yang kerap komplen gastrik/pening kepala.

:)

Pnut said...

ieda-kalau macam tu, ada tak awak ambil tindakan susulan? contohnya buat surat 'doctor's note' memaklumkan situasi pelajar tu, dan your dan suggestions atau advice agar cikgu itu tidak menakutkan pelajar begitu? tidak bagus untuk kesan emosi budak?

can u do that? wahh cakap omputih lak..

wahida said...

betul tu sis, napa perlu takutkan budak tu, ala, budak darjah satu je pun..kenal dulu personaliti sengsorang, fahami dorang...

Unknown said...

kalo cikgu garang sampai baling buku ni.. rasanya cikgu tu yg mental.. masa dia kat maktab perguruan dulu ade le silibus yg kata cikgu buleh baling buku murid.. ;)


rindu la kat maktab bila tgk gambor ni... uhukkkk... rindu dgn semua cikgu2 yg best...

ieda said...

nanak..
kapur tu gosok2 kat kuku berkilat cantik kuku kita tau..hehe

DZ..
but most frequent symptom is abdominal pain.

pnut..
I did not do that yet...insyaAllah one day...hehehe...omputih gak..
rasa mcm terima arahan dari pegawai plk bila baca komen pnut ni..hahaha

ieda said...

wahida..
budak ni dah darjah 3 actually.

kakyon..
cikgu2 kat maktab semua tip top..best2 bangat kan?