SENANG CARI

14 January 2011

BELI PETA DUNIA

salam.
kisah rabu malam khamis.
temankan SU pi cari idaman hati dia yg terbaru.lepas satu...satu.
oleh kerana dia banyak berjalan2 bawa member pi konvoi maka dia dah rasa GPS tu satu keperluan..bukan lg kehendak.saya?...layankan sajalah..
mula2 tgk kat kedai accessory kereta.macam tak confident nak beli sb yg jual pun tak confident nak jual.dua tiga kali gak dia ulang pi kedai tu.last2 dia google cari dealer terus.dapatlah kedai dealer tu kat area Bukit Minyak.bila call org tu suruh p kat partner dia kat Bagan sb lebih dekat dgn kami di SP.SU siap call tuan kedai tu suruh tunggu sb kami nak pi.

so habis kerja pk 9.30pm kami keluar.kedai tu kat Jalan Raja Uda.kebetulan ada pasar malam...fuhh....memang china townlah kat sini.semua chinese.kedai makan pun depa punya....sepanjang jalan.saya terfikir kenapa Melayu takleh buat macam tu?satu area yg besar semua org Melayu ja yg berniaga...uols tau sebab apa?fikirlah sendiri....
so...jumpa jugaklah kedai ni...bertentangan dgn EON Bank.kedai nak tutup dah pun.tokey pun dah balik tapi dia dtg semula bila SU call...handsome tokey kedai ni.mcm artis.peramah plk tu.nama dia SIMON.pekerja (@ partner..tak pasti) yg 2 org lg pun best jg.informative.pening kepala dengar depa dok cerita.ada banyak jenis rupanya benda ni...

asalnya SU nak beli yg biasa ja..ada offer RM399 (biasa 499).tapi takdak map Thailand plk.SU nak bawa konvoi ke Krabi bln 3 ni sb tu kena set jalan betul2.kalau silap jalan ambil masa utk u-turn.lgpun minyak kat sana mahal.
so belilah jg GARMIN....(500+)...pakai 'duit plastik keras' tu la jg nampaknya..
nak balik tanpa membeli pun rasa buang masa plk.beria pi jauh2..malam2 plk tu.lain kali nak kena pi sekali lg.lgpun mmg nak guna.long term use pd saya worth buying jglah.garmin ni boleh masukkan maps mana2 negara yg kita nak.

tips yg dibagi oleh tokey ni..(gambar takdak..leceh betoi)
1. jgn beli yg ada banyak function sebab softwarenya mudah rosak
2. maps perlu update setiap 2 atau 3 bulan.kalau org yg jual tu kata kena update setahun 2 kali maknanya org tu mmg tak pandai bab2 GPS ni..sekadar nak jual barang.

whole set
simon siap pesan suruh jaga elok2 kaki @ tapak ni.
ingatkan dlm RM20 ja rupanya benda ni ja RM160+...mahai nyaaa....

bodek2 simon..dapatla memori kad ni percuma..
boleh ambik gambar & simpan kat dlm garmin tu.

sapa2 yg nak pi konvoi tp malas nak organise bolehla contact SU (melalui saya pn boleh)...mmg minat dia buat benda2 ni semua.
yg dok utara bolehla jenguk kedai Simon ni kalau nak beli GPS...kat Jalan Raja Uda,Bagan.kedai bertentangan dgn EON Bank.signboard dia besar..tulisan cina.

la ni dok usha satu benda lg plk dah.....
walkie talkie kat siam.yg ada kt dia semua dah tak bleh pakai...kong

5 comments:

atty's said...

daha ada garmin ni mesti tak sesat lagi

Arzalila Razali @ Ilarazali @ tshirtmuslimahtrendy said...

wahhh garmin!! bestnya....

senang nk konvoi marata2....murah jgk la reganya tuh.... kl tak dpt.

ieda said...

atty...
makin rajin berjalan nampak gayanya tu...hihi

ila..
ya ka?sy ingat dah mahal la tu..ila blehla mai bli kt sini.

NB KARA said...

ida akak dapat percuma kak G bila bila kereta, tapi tension bila pakai kak G ni, ha ha asyik bercakap tak berhenti-henti turn left, turn right..sebab akak suka cara konvensional, buka pintu tanya orang..he he..

ieda said...

kak yati..
laaa...awat tak habaq...idak ni bagi kat saya pn xpa..hehe