SENANG CARI

10 January 2011

BAYI...NAK @ TAK NAK???

salam.
siapa suka dapat baby baru?
siapa yg tak suka?
pastinya kebanyakan kita suka..betul tak?
tapi ada yang belum bersedia untuk menerima org baru dalam keluarga.
inilah yg berlaku dalam dua kes saya dalam seminggu ni.

yang pertama:
dah menunggu selama 3 tahun utk anak ke 2.dah mula resah sebab belum ada tanda2 hamil.tapi semasa anak sulung belum mencecah setahun beliau telah hamil.kandungan itu telah digugurkan kerana masa tu dia belum bersedia.sekarang dia merasakan yg dirinya telah bersedia sepenuhnya tetapi yg ditunggu tak juga kunjung tiba.'dia' ini tidaklah terlalu sedih.hanya mampu tersenyum selepas kena 'smash' dgn saya (smash ala2 baik gitu).

yang kedua:
sudah ada beberapa org anak.yg kecil belum sampai setahun.datang sebab letih serta pening2.sgt yakin dirinya tidak hamil kerana perut tidak menonjol walau telah beberapa bulan 'missed period'.bila check urine....positif.masih tak yakin.bila scan...terus nampak baby bergerak2...telah cukup sifat.terus menangis sebab belum bersedia.dia betul2 kecewa,sedih & mungkin sedikit rasa marah.saya juga marah sb dia berhenti memakan pil perancang tanpa alasan kukuh sedangkan dirinya sendiri belum bersedia utk hamil.

kesimpulannya...
rancanglah keluarga dengan betul.ada banyak cara yg selamat.pilih saja yg dirasakan sesuai.andai rasa was2 berbincanglah dgn doktor.dapatkan penerangan ttg kesan sampingan dsb.bila hamil tanpa persediaan mental maka pastinya ibu2 tidak akan rasa gembira.perasaan sedih & kecewa yg berlarutan akan membawa kepada tekanan perasaan.tidak ada salahnya merancang keluarga.yang salah dan berdosa adalah membuang kehamilan atau bayi tersebut.

ia akan turut dirasai oleh ahli keluarga yg lain termasuk juga bayi dlm kandungan terutama sekali bila bayi itu lahir kelak.apabila kita telah berusaha dan Allah hadirkan juga org baru dalam hidup kita maka redhalah menerima keadaan itu.pastinya ia yang terbaik buat kita.berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan kehamilan & kelahiran itu adalah jauh lebih baik drp bersedih & menyalahkan takdir.siapa tahu anak yg kita tidak suka itu suatu hari nanti akan menjadi anak yang menjaga ibu bapanya.


all pictures from google

9 comments:

SURIA AMANDA said...

allah dah bagi..terima aje la...

Rizziela said...

Alhamdullilah..saya bahagia dengan kandungan saya sekarang..bersyukur...nak dapat yg sulong dulu susah..utk yg ke 2 ni ...alhamdulllilah...allah permudahkan :D

wahida said...

x elok nangis kalau dah rezeki...terima seadanya..itu amanah Allah..

munna said...

betul tu kak...macam my sil dah 6 tahun kahwin masih tak dapat anak... alhamdulillah baru je seminggu yg sudah dia ambil anak angkat pada pasangan yg tak sanggup jaga anak sendiri...

LayarLara said...

pernah juga mengalami situasi seperti itu. Tapi at last redha dan bersyukur. Sokongan pasangan sangat2 bermakna.

NB KARA said...

Ya ALLAH kenapa digugurkan kandungan tu, sayang sungguhkan..tapi kasihan juga yang kes kedua tu.
Cuma kadangakala menjaga anak masa kecil ni susah sedikit, tetapi selepas anak2 sudah mandiri rasanya senang

ieda said...

lisa..
tak semua org fikir macam tu...sedih kan?

rizziela..
tahniah...moga dapat twin girls yg sihat & comel.

wahida..
akak pun tak sangka dia nak nangis..mmg nangis sungguh2.

ieda said...

munna..
dugaan. hanya Allah saja yg tahu kebaikan di sebalik semua tu.

layarlara..
tengok balik muka anak2 tu lepas dilahirkan....rasa bersyukur dgn nikmatNya.

kak yati..
tulah sebabnya dia kena ayat dgn saya...hehe
kes ke 2 tu..saya harap dia dtg jumpa saya lg lepas ni..just nak tgk perkembangan dia.

kakyong said...

kak,
saya kan masa tau mengandungkan ALiya, memang stress sgt2,, sbb Anis baru 4 bulan... rasa nak marah sgt kat suami, sbb dia yg tak sabar2 tak mau tunggu sampai 100 hari...

2-3 minggu juga saya stress, hari2 menangis sampai bengkak mata... minggu 1st tu memang bengkak mata la.. tp masuk minggu ke 2 & seterusnya.. saya terima dgn rela.. byk2 berdoa, mengaji.. bg tenang hati... & anggap saja ini rezeki yg pasti Allah lebih tau hikmahnya...


saya memang sgt tidak setuju kalo ade yg nak buang janin bila rasa tak bersedia.. walhal, kita boleh ubat hati mohon pada Allah utk bersedia menerima...