SENANG CARI

17 December 2010

JOM MENOREH

salam..
baru tengok Utusan Online sekejap tadi.
nampak berita ni.

Harga getah cecah paras tertinggi RM14.13 sekilogram.alhamdulillah...rezeki untuk penoreh getah.


KUALA LUMPUR 16 Dis. - Harga getah di pasaran kini mencecah RM14.13 sen sekilogram dan dijangka kekal pada paras tertinggi sehingga pertengahan tahun depan.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, harga itu merupakan yang tertinggi pernah dicapai dalam sejarah industri getah di Malaysia.
 
google image
 
sesapa yang menganggur tapi ada kebun getah kat kampung tu bolehla balik menoreh.lumayan tu.memang letih tapi berbaloi.rezeki halal.
kepada yg malas tu jangan plk nak gatal tangan mencuri getah orang.simpati la kat org yg menoreh tu.nak duit pegilah ambik upah menoreh.
kepada semua pemilik kebun getah,gunakanlah kesempatan yg ada untuk menyimpan dgn cara terbaik.

dulu2 masa parents saya menoreh tak pernahla jumpa harga getah macam ni.tak pernah sampai rm5 pun sekilo.masa tu plk jual getah keping.takdak jual susu macam sekarang.letih teramat masa nak buat keping2 tu.masa tu saya sekolah rendah.tiap2 hari tolong mak mesin getah.pusing mesin pakai tangan.gilir2 dgn kakak.lenguh tapi seronok.budak2lah katakan.semua tu kira macam mainla jugak.cuba sekarang suruh buat....maafla....tak larat.baik jual susu getah terus.

5 comments:

ME said...

mewah peneroka getah skrg .. harga getah naik pastu kalau kebun terpilih tanam semula, dpt durian runtuh lagi ..

Mawar said...

Kak ieda, best jgk ya ada pengalaman masa kecik2 tu, at least kesusahan itulah yg menjadikan kita "seseorg" pd hari ini ya

ieda said...

ME..
la ni duit senang dapat & senang habis.

mawar..
kepayahan itu yg buat kita sentiasa di landasan yg betul insyaAllah.

Daddy Ziyyad said...

tak pernah menoreh..hehehe..kalau toreh, agaknya habis rosak pokok getah tu..

ieda said...

DZ..
akak pun tak penah menoreh.tak reti.