SENANG CARI

16 December 2010

IBU & ANAK AYAM

salam..
antara ayam kampung dgn ayam daging mana lebih sedap?
ayam bandar tak masuk list okay......!!!

saya suka ayam kampung.tak banyak lemak.tapi remeh sikit la nak buat.

kat area sini still boleh jumpa org bawa ayam kampung macam ni.seronok tengok.teringat zaman duduk kampung kecik2 dulu.parents bela ayam keliling rumah.siang lepas bebas.malam2 pandai plk ayam2 tu masuk rumah dia..kami panggil reban tu LAU AYAM.saya pun suka gak masuk lau ayam tapi waktu sianglah.cari telur ayam & lepek.tau lepek tu apa?lepek tu sejenis haiwan macam lipas tp takdak sayap.kecik ja.tangkap buat umpan memancing.saya google tak jumpa pun gambar lepek ni.

pengalaman ngeri yg takleh nak lupa ttg ayam kampung ni..
masa darjah berapa ntah saya terlanggar anak ayam dgn basikal.masa tu tgh tolak basikal bapa saya.basikal tua yg besar tu.tetiba terlanggar anak ayam yg tgh lepak depan pintu...pecah perut...!!!adoi......kesian kat dia.
kalau sesapa tgh drive kat jalan2 kampung terjumpa ayam melintas jalan baiklah slowkan kereta.ayam ni dah tebiat dia kot.walaupun dah sampai lebih dari separuh jalan tu dia lintas,bila ada kereta lalu mesti dia patah balik.saya pun pernah kena...mati ayam tu kena langgar.....hmmmm...sedih la bila terlanggar binatang masa drive.
cemana org lain yg langgar orang tu rasa ek???minta dijauhkan Allah dari benda2 mcm tu.

2 comments:

kak ina kl (1) said...

ayam kampung memang sedap..best kan masak ayam gulai.

suka hati akak sebab kamu gembira dapat t shirt tu..silap eja ek..rabun kot..

hairan gak sbb apa kamu lambat sampai..kukis tu dapat sehari lepas pos..kat kamu lamalah pulak..posmen..posmen.

ieda said...

kak ina..
posmen tu bawa balik rumah dia dulu kot..hehe
lambat pun takpa...biar lambat asal selamat.