SENANG CARI

22 December 2010

HATYAI - SONGKHLA Pt 3

salam..
hari ke 2 (19.12.2010)
bergerak ke Songkhla.tapi sebelum tu sarapan dulu.makan nasi lemak Thailand...bolehla.
hbby & anak2 makan roti canai.minum teh ais satu & teh o ais dua gelas.jumlah semua 160 baht (RM16)...mahal lor....
lepas sarapan & taklimat dari bos,masing2 bergerak secara konvoi dgn kereta sendiri.elok2 ja keluar simpang yg pertama dah ada kereta yg tersasar ke laluan lain...hehehe...geram ja my cik abang.baru ja lepas bgtau suruh follow dekat2..kat sini banyak simpang & traffic light.mmg boleh jumpa balik kalau tersalah simpang pun tapi lambatlah sikit.kalau tak mahir mmg terus terlepas ke jalan lain.my hbby pun bukan ingat sgt jalan2 tu sb biasanya dia ke sana dgn motor.tapi in a way saya respect la kat dia sebab cekap tengok peta jalan2 kat situ.bila dia suruh saya tlg tengokkan sb dia nak fokus driving mmg blurlah jadinya...last2 dia ambik balik map tu...hehehe..

menghala ke Songkhla hujan turun agak lebat.dah risau sebab plan mungkin tak berjalan spt yg dirancang.tapi alhamdulillah sebaik sampai kat kawasan pasar Songkhla hujan dah berhenti.tapi punyalah ramai manusia kat situ.parking nala punya jauh.makanya encik2 suami menurunkan isteri dgn anak2 masing2 kat pasar dan mereka lepak kat tempat parking.biasalah,orang lelaki mana nak shopping sgt pun.


lepas shopping kami ke tempat makan kat salah satu kedai makan kat tepi pantai.....Chalatat Beach.komunikasi kat sini mmg lg parah.minta teh o ais dapat teh ais...hentam sajalah.tapi servis mmg cepat.tak tau cemana depa masak....very fast.rasa pun sedap.
ayam cashew tu paling sedap.lagi satu kat sini takyah risau bab tempat solat.mana2 kedai makan Islam ada tempat solat.boleh tumpang kat situ.
lepas makan lepak2 sat kat tepi pantai.tak boleh mandi kat sini sb ombak kuat.

kemudian bergerak ke arah Utara menyusuri jalan tepi pantai untuk ke aquarium.malangnya bila sampai aquarium tutup.so en hbby bawa semua balik ikut jalan lain.
naik feri 2 ringgit.masa tu hujan agak lebat.risau gak nak naik feri hujan2 ni.hbby kata takpa...tgk org lain naik ok ja pun.rupanya jarak perjalanan feri tu dekat teramat.tak sampai 15 minit pun.

sebenarnya feri ni bukan bawa kenderaan ke pulau tapi kembali ke tanah besar juga.ia hanya melalui kawasan laut yg membentuk muara.ada juga kawan yg pelik apasal lalu ikut feri sekali ja terus sampai hotel semula...hehehe

sebelum sampai hotel kami singgah ke pasar terapung.destinasi utama trip ini.pasar terapung atau 'floating market' di Hatyai ni merupakan kawasan perniagaan di mana peniaga duduk dalam perahu di tebing sungai.barang jualan hanyalah makanan.tapi mmg banyak jenis.kat atas darat pun ada juga gerai tapi kat situ jual barang2 lain.
masa mula2 tiba cuaca redup ja.tengah syok2 meronda hujan mula turun.sekejap lebat sekejap renyai.tapi tak jadi masalah sb ada kawasan untuk berteduh.dalam hujan2 tu lagilah banyak beli benda makan.

dah puas kat floating market kami bergerak balik ke hotel.lepas solat magrib bebudak ni sibuk nak mandi kolam.biarkan saja depa enjoy kat sini.yg seronoknya jalan ramai2 macam ni tak yah risau sgt bab anak2.yang besar akan tolong2 tengokkan yg kecil.tak kiralah anak sapa pun.boleh pas2 saja.mak bapa boleh lepak2 enjoy the day.
menggigil2 bebudak ni mandi malam2.
lepas siap semua turun jalan2 lagi.kami keluar couples saja.anak2 bawa diri masing2.ada yg lepak kat bilik.satu family ja bawa anak2 sekali.malam tu hbby ajak makan kat tempat jauh sikit.naik tut-tut sajalah.nak bgtau nama tempat hbby pun tak tau.so tunjuk kat peta saja.sib baik drebar tu faham.bersesaklah kami dalam tut-tut yg comel tu.tak kisahla...janji sampai.balik pun dgn tuu2 yg sama sb dia tunggu sampai kami habis makan.sampai tertidur2 dia menunggu...faham2 sajalah kan.

balik ke kawasan hotel cari anak2 utk bg depa makan.kemudian lepak plk kat gerai tepi jalan.makan pulut durian...hmmm...tercapai hajat.dah kenyang baru boleh balik bilik.

on the way...masa ni hujan gerimis ja
 kat pasar besar Songkhla...no parking...full
pokok orked...macam2 jenis.satu pokok RM3 saja.
saya beli lain2 jenis dgn kak lia.
nanti boleh tukar2.
 idlan (anak kak lia)...excited tengok pokok bunga.
nurul biasa2 ja...."umie..ni lawa" satg plk.."umie..ni pun lawa"
strawberi...buah campur dgn serbuk apa ntah.ingatkan asam tapi rupanya pedas.
air strawberi pun ada gak.
tak beli pun.not my feveret.
(baby yg dah besar...yg buat peace tu.yg kecik2 pakat panggil abang baby kat dia)
pokok biasa yang dicantikkan.
i'm impressed
parking tepi jalan utk makan kat kedai di sebelah
dekat ja dgn market tadi
penuh kedai
servis yg pantas
food yang sedap
makan tepi pantai pun boleh.
kedai bagi tikar lagi....nyaman weh!!!
relax2 sambil tunggu semua orang siap makan & solat
jual kat tepi pantai
boleh beli yg plain & cat sekali.....balik buat sendiri kat rumah.
yg dah siap pun ada.
saya tak beli pun...kereta padat.takut pecah kot jalan.
naik feri tengah hujan
yg baju pink tu datang all the way from KL
inilah ferinya
RM2 utk satu kereta
jeti berlepas (alphard also part of the team)
tempat tiba
dah sampai floating market
along dah jauh lebih tinggi dari saya
wajib...gambar ramai2
semua orang kena stop dulu sementara kami nak siap ambil gambar
ada yg marah???tak dak pun....
baru perasan..idlan menyibuk kat belakang nurul.
perasan tak takde sampah kat sini.sungai pun bersih.
air dalam tabung
dapat dgn tabung tu sekali...20 baht (RM2)
hujan dah mula turun.
payung ni jadi port kami...beli makanan bawa sini...habis..
beli lagi...habis..
org lain beli org lain tolong makan..nasibla kannn..
masa nak balik nampak org jual lampu...
memula 2 org ja nak beli.kemudian en hbby menambah..
last2 8 org beli.
habis semua stok lampu kecik dia.
balik awai la dia hari tu.
tak taulah dia untung ka rugi sb dia dah blur bila hbby asyik dok tawar harga...
gerbang floating market.
nak balik dah.
malamnya...
padat tut-tut ni kami isi.
en hbby dok kat depan dgn drebar.
4 couples & 1 couple with kids (2)
makan kat sini...hbby kata kedai 7 beradik sb yg tokey2nya 7 beradik.
taste biasa2 ja tapi much cheaper.
buka 24 hours
lihat hujung sana.....
pulut durian idaman kalbu.
pulut pelam pun ada.

4 comments:

Azma said...

nmpk seronok sangat... bestnye..

LayarLara said...

amboiii kemain best lagi ye... seronoknya berjalan..

SURIA AMANDA said...

bestnya...tak nampak pun gambar Nabila kak? x ikut ke dia?

ieda said...

azma..
memang best.tak terasa letihnya tu.

layarlara..
jom la ikut..awal tahun depan buat lagi sb ramai yg tak puas berjalan.

lisa..
good eyes..mmg tak bawa sb first time ke sana.tak tau situation.