SENANG CARI

21 December 2010

HATYAI - SONGKHLA Pt 2

salam.
sepatutnya petang hari pertama tu kami ke Floating Market.tapi disebabkan kelewatan akibat kesesakan jalanraya & masalah bilik dan juga hujan maka jadual diubah.malam tu lepak2 saja di sekitar kawasan hotel.seperti biasalah,bukan lepak kosong.semestinya mengisi perut.
ramai orang berniaga disepanjang jalan.sesak sangat.bising dgn bunyi hon kenderaan terutamanya tut-tut & motosikal.kat Thailand ni mmg mereka suka sgt hon.kalau kat Malaysia buat hon-hon macam ni mesti dah ada yg bertumbuk.
satu lagi,anjing2 memang berkeliaran.tapi tak mengganggu orang ramai.cuma risau takut tersentuh.

 menunggu untuk masuk bilik
perasan tak lantai hanya simen sahaja?
kawasan ni dinaiki banjir besar masa bulan november baru2 ni.maka ia sedang dibaik pulih.
 taklimat kepada pilot dari semasa ke semasa diberikan oleh kepala konvoi (my hbby)
 ronda sekitar hotel.anak sapa2 pun tak kisah dah..bercampur aduk.
along terpegun tengok apa ntah.
 tengah tengok baju budak...pening nak pilih.last2 tak beli pun.
 ingatkan orang ni buat apa...rupanya tengah gelek sotong kering.
mesin tu sama dengan mesin getah tapi jauh lebih cute.
 untuk penggemar udang...nak saiz apa semuanya ada.
saya tak suka ni.
dok aim pulut durian.malam ke 2 baru dapat.
pandangan depan hotel dari tingkat 15
lepas 11 malam baru boleh lepak kat gerai2 makan tepi jalan tu
sebab masa tu baru diletakkan meja2 makan.
dua beranak bercengkarama
masa ni dah pukul 1 am lebih waktu malaysia (thai 12 +)
gambar zoom dari tingkat 15
 dinner kat salah satu kedai makan Islam
kedai ni kecil saja maka sekali kena serbu memang penuh satu kedai.
boleh muat untuk sekitar 7 family saja.
makanan memang sedap.
specialnya kedai ni ialah pada menunya.
semua dapat sorang sekeping menu.tanda ja kat situ apa makanan yg kita nak.
untuk air saja kita kena bagitau pekerjanya.

selepas jalan2 tu terus lepak2 kat lobi dgn beberapa kawan yg lain.ingatkan nak keluar makan pulut durian pk 12 malam...(ishhhh...tak ingat diet dah!!) tapi dibatalkan sebab uruskan bilik kawan2 yg bermasalah.

gambar makanan di entry lain ok...

3 comments:

ME said...

wah .. konvoi dah sampai Thai Ieda

ieda said...

seronok kak...org KL pun ada join.

A.I said...

UDANG itewwwwwwwwwwwwwww...isk