SENANG CARI

21 December 2010

HADYAI - SONGKHLA Pt 1

salam.
trip ke hadyai-songkhla mulanya hanyalah trip yg dirancang oleh 2,3 family saja sekadar utk berjalan2 di musim cuti sekolah.kami menganggar hanya sekitar 6 keluarga saja yang akan ikut serta.tapi akhirnya jumlah peserta meningkat kepada 20 keluarga iaitu 17 Avanza,1 Matrik,1 Altis & 1 Alphard.maka percutian biasa ditukar kepada 'Avanza & Friends Family Gathering'.hujung Disember dipilih kerana ada anak2 & guru2 yg terlibat dgn peperiksaan.sedia maklum musim hujan kami mengharapkan ada ruang untuk berjalan2 di sana.alhamdulillah,walaupun hujan renyai2 & kadang2 lebat,kami terlepas dari hujan lebat itu pada setiap perhentian.

perjalanan bermula pada hari Sabtu 18/12/2010.
15 keluarga peserta berkumpul di R&R Gurun sekitar jam 9 pg.di sini diagihkan baju2 untuk peserta,stiker & barang souvenier dari Sinar Harian (majalah,note pad, pen dll).
Peserta juga diberikan baju T (biru) sumbangan daripada Tourism Thailand khas untuk konvoi ini.kemudian ada sedikit taklimat drp pegawai JKJR & penyerahan pamphlet.
sekitar jam 10.30 pg perjalanan pun bermula.5 lagi peserta memasuki kumpulan besar ini di perjalanan iaitu 2 di Alor Setar,1 di Jitra & 2 di Changlon.
kami berhenti di Changlon untuk mengisi minyak & urusan insuran kereta.
cuaca memang selesa..redup sepanjang jalan.

sampai di pintu sempadan Malaysia laluan mula sesak tapi perjalanan kami lancar kerana telah mendapat laluan khas.cuma di sempadan Thailand kami terpaksa bersesak beratur seperti yang lain2.lama juga berada di sini.lenguh kaki berdiri tapi sebab beramai2 maka letih tu tak terasa sangat.selesai cop pasport/border & permit kereta kami bergerak masuk & berhenti makan di Danok.

sekitar jam 4 petang baru bergerak ke Hatyai.memasuki pekan Hatyai jalan kembali sesak.banyak simpang & lampu isyarat menjadikan konvoi terputus2 membentuk 3 kumpulan.jalan raya yang sempit tidak membolehkan kereta berhenti di tepi jalan untuk berkumpul semula.maka masing2 mencari jalan sendiri untuk ke hotel.alhamdulillah semua selamat sampai dalam jarak waktu yg hampir sama iaitu sekitar 7 pm.
ada cerita ttg bilik di hotel ini dalam entry akan datang.

malam seperti biasa kami keluar jalan2 & makan di kawasan sekitar.kemudian balik lepak sekejap di lobi.masuk bilik sekitar jam 2.30pg (waktu malaysia) selepas uruskan hal berkaitan bilik teman yg lain.


 goodies utk peserta
 seperti biasa...dengar taklimat dulu
tayar tak ok ke tuan??
sedikit ucapan dari pengerusi NARC
kat sebelah tu pegawai JKJR
RM jadi Baht...(along sebut ban...apadaaa)
rasa kaya sekejap...
seringgit = 9.50 baht
        berbaris sebelum bergerak
makanan ringan free utk setiap keluarga daripada peserta konvoi..cikgu azizan.
wifenya  yg tudung hijau tu...cikgu juga
kat changlon...uruskan insuran kereta & pas masuk
lelong!!!lelong!!!......kebanyakan pasport baru
sempadan Malaysia....dilaluan yg dikhaskan utk konvoi.
relax sat sementara hbby masuk jumpa pegawai imigresen
berbaris kat sempadan Thai..
sampai ke tengah jalan.risau betoi bila lori treler lalu.
lunch kat restoran kak jah Danok.
special menu kat sini tenggiri masak kicap.
utk gambar boleh tgk SINI
lauk2 lain pun sedap jugak.mahal sikit tapi berbaloi.
tetiba gajah ni muncul depan restoran.
beli tebu RM2 dari tuan gajah ni pastu bg gajah makan...pandai depa bisnes.
tengok nurul dgn ija..melekat kat situ ja..tak berani bergerak.
sampai kat hotel Regency Hadyai dalam hujan gerimis.
kiri kanan jalan ni ada banyak hotel tapi semua full.
yg kami duduk ni pun hbby booking awal bulan 12.
sampai kat depan ni hbby uruskan check in.so saya kena drive pi parking kat bawah.ingatkan setingkat ja..rupanya 3 level down...aiyaa!!!...suspen juga sb jalan turun tu curam.mmg harapkan security guide.

5 comments:

SURIA AMANDA said...

seronoknya...sana matawang dia rendah kan?

ieda said...

lisa..
yes.rendah.sekali beli barang ratus2 baht.makan pun ratus2...hehe

wahida said...

ah jelesnyer...mesti best kan kak kat sana?

ieda said...

wahida..
best..tengok entry2 akan datang.
next time mungkin pi lagi.nak ikut?

Azma said...

bestnye berkonvoi ramai2.. mesti syok wa gathering cam ni kan..