hari ni dah 13/12/2010.
sat saja masa bergerak.tak lama lg sekolah dah nak buka semula.hari tu kata nak siap barang sekolah anak2 awal sikit tapi sampai la ni tak beli lg pun.nurul dah suspen sb baju sekolah dia takdak lagi..hehe.takpa..dah booking mak tok dia utk jahit.beli kain ja.jimat katakan...
ada anak sesapa kawan bloggers yg dapat masuk asrama thn depan?dah dapat surat tawaran ke?seronok kan anak dapat sekolah asrama.boleh mak bapak honeymoon (kalau takdak anak lain lah).tapi biasanya bila anak esp yg nak naik form 1 masuk asrama parents yg risau lebih.al maklum..tak biasa berpisah.tapi takpa...jgn susah hati.pandailah anak tu bawa diri nanti.seronok tau duduk asrama.saya start dok asrama dari form 1 sampailah kerja...lama tu.memula mmg rasa tak best...rindu segala.tapi sat ja.dah dapat geng eloklah jadinya.lagi seronok kat asrama dari di rumah.setakat kena buli sikit2 tu biasalah.kena tiup kipas bg berpusing,tiup lampu bg padam...kena kokok pagi2 kat senior2 tertentu,basuh baju senior,beli food kat senior,kena kawad kat asrama,kena kemas katil senior....tak dak hal punya...bukan sakit badan pun...sakit hati ja.naik form 2 kita plk buat kat junior.tapi benda ni berlaku seminggu ja.masa minggu orientasi.lepas tu semua baik mcm adik dgn kakak.budak lelaki ja lain sikit.yg gangster & kaki buli tu mmg maintain sampai habis sekolah.terserempak pun kita dah suspen.
sekarang kat FB dah jumpa ramai member,senior & junior sekolah dulu.gangster2 pun dah jadi elok...bahagia dgn anak isteri.alahhh...gangster sekolah asrama penuh..setakat manalah sgt pun.dalam pagar sekolah tu ja.
so..kepada ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah asrama penuh...jgn susah hati.jgn over demand kpd pihak sekolah.tak kiralah kita ni VIP ka sapa ka...bila anak kat asrama semua kena ikut peraturan yg sama.kalau kena cuci toilet pun buat sajalah..makan ikan sardin pun telan jugalah...(sedap la sardin).takyah komplen2.kita mewah tak semestinya nanti anak2 akan hidup mewah juga.biarlah dia belajar berdikari.sekolah berasrama bukan setakat utk cari ilmu akademik tapi juga ilmu utk survive.
dan kepada yg mampu takyah la minta biasiswa.bagilah kat golongan tak mampu.
p/s...seronok sgt bila cikgu yg dah berpuluh thn tak jumpa masih ingat nama kita...oopppss...petanda apakah itu????...saya budak baik okayy...
sentiasa ingat 3B tu
4 comments:
tsk...tsk..sedih..diorang x hingat pun..lisa jer ingat kat diorang..
lisa..
itulah yg sebaiknya..ingat jasa guru.
rindu juga dgn lencana ni.. ;)
cikgu2 kakyong pun masih ramai yg ingat kakyong.. sentimental value sungguh... hebat kan cikgu2 ni.. dah lebih 20 tahun , dah ngajor punya ramai student.. tp masih ingat anak2 murid...
setakat ni dah jumpa ramai juga cikgu2 kat FB...
kakyong..
itulah...bila lama kat asrama cikgu2 ni macam ibubapa kita esp warden.
Post a Comment