SENANG CARI

17 September 2010

RAYA 2010 Part 3

salam...
raya part 3 merangkumi hari raya ke 3 & ke 4.dicampurkan sekali sebab dua2 ni beraya rumah kawan2.

hari raya ke 3...
kami bergerak 3 buah kereta bermula dari rumah saya sekitar jam 11 pagi menuju ke Jitra.mmg dah plan untk lunch kat rumah sahabat kat Jitra ni...pasangan kak nor & abg bad.OTW ke Jitra terserempak satu kemalangan kat h/way...lokasi antara pendang dgn alor setar selatan...tak pasti nama tempat tu.mujur kemalangan tu di laluan menghala ke selatan...jem punyalah panjang.kata hbby,ada mayat di tepi jalan...dah tutup dgn plastik hitam.saya tak nampak pun sb terlindung dgn devider h/way tu.
sampai destinasi pk 12 tghari...makanan tak siap lg.so mila & ton tolong kat dapur.saya mcm biasa...tolong tengok jer...honestly saya mmg tak reti nak kalut2 ramai2 kat dapur orang.kat rumah saya mmg jenis masak sorang2.so kalau sapa2 mai rumah saya & saya tgh memasak,takyah nak tolong2...i dont like..tak reti lah.lg selesa sorang2.
back to the lunch...memang sedaaappp...walaupun pedas.nasi daging dgn daging rebus + air asam & acar timun..licin..

sepatutnya kak nor sekeluarga ikut sekali ziarah raya ni...dah siap tukar baju pun.tetiba ada kawan ofis dia telepon nak datang rumah..dah nak sampai pun...so tak jadilah menambah korum.elok kami nak keluar kawan dia pun sampai.

selesai kat situ kami ke rumah ke 2 juga di Jitra..kawan avanza juga...en sayuti.sini pun ada nasi.tapi saya makan laksa saja...mana boleh masuk nasi banyak2.tp kat rumah ni agak segan2 sikit sb sedara mara dia ada..ramai plk tu.sekejap saja kat sini.lepas makan kami bergerak ke Perlis.

keluar saja dari Jitra cuaca yg panas terus tukar mendung...masuk Perlis terus hujan.best...sejuk jer sepanjang jalan...mek kecik nabila tu tak tidur pun sebab ada kawan baru.anak perempuan faizal dah masuk kereta saya..aiman dah ke kereta mila.tukar tempat.riuh rendah kereta saya...faham2 jelah bila budak perempuan menjerit.
kat Arau sorang lg kawan tunggu join raya sekali tp wifenya takdak...still kat kg di Terengganu.sampai rumah ke 3 time asar...best sesangat rumah ni..rumah kampung.anjung & sliding door mengadap sawah.dahla sejuk..berangin plk tu...nyaman betul.dapat plk makan bihun yg sedap...sampai ada yg terlena.


menjelang magrib kami keluar balik ke Kedah..singgah ke lokasi ke 4 di Pendang.tapi yg ni tak pi rumah.singgah kat warung saja sb keluarga (parents) azam (nama sama dgn hbby) ni berniaga makan.kami raya kat warung ja.tp best sb lapang & layanan 1st class.parents azam ni mmg sporting.otw ke warung ni ada lg satu kemalangan...motor warga emas kena langgar dgn kereta tp takdak kematian.

lepas makan adik azam bakar mercun pulak...berdentum dentam sampai alarm kat bangunan tepi tu berbunyi.nabila mmg confirm ketakutan tp tak nangis.
balik singgah solat kat R&R Gurun...nabila sempat plk main kat playground tgh2 malam buta..takmo balik sampai abahnya kena angkat..saya mmg tak daya laa...dia mengeliat2 buat lembik badan tu...berganda beratnya.
sampai rumah dekat 12 tgh malam.

hari raya ke 4 bermula petang.
kami ke open house faizal di Bertam pk 3 ptg..sampai around 3.30.makan nasi & lauk ayam.ada mee kari/kuah...tak perasan sb saya makan nasi saja.lepak kat sini lama juga sb tunggu yg lain2 sampai.

settle kat situ bergerak ke rumah chip kat Penanti (chip is pengerusi kelab).kat sini rendang & serundingnya sedap.tapi masuk sikit ja..perut dah full.koay teaw pun tak boleh nak makan dah.nabila yg terlelap dalam kereta terbangun bila sampai.ingatkan nak sambung tidur..tp hampeh..terbeliak ja biji mata dia.

dari rumah chip bergerak ke rumah tokey (asri) tp tokey ada kat rumah in law dia di Sg Dua.so kami ke sana saja.depa ni baru balik dari meminang rupanya..patutla yg isteri2 dressing sakan.makanan mmg penuh meja..spt biasa sb ilah (wife tokey) mmg suka memasak.kakak ilah pun ada kat sini...dua2 family ni kengkawan kelab avanza jg.

nabila buat hal kat sini...kalut merengek nak mandi.bila bawa ke bilik mandi takut plk nak masuk sb takdak lampu.takla gelap mana pun sb ada cahaya dari dapur.takmo bg mandi dia marah..nak bg mandi takmo berdiri kat lantai..last2 kena secubit kat peha baru nak berdiri...bila kena secebok air kolah yg sejuk tu elok plk dia senyum...'aaahhh...ga..ga...ga..'.....lega lah tu..geram betoi!!!...
bila dah mandi, dah selesa...seronok plk lepak kat luar dgn tuan rumah sampai takmo balik...jenuh menunggu dia masuk kereta...alahai budak kecik.....
muncung ja mulut bila diajak balik...

sampai rumah around 9 pm...family kak nor singgah beraya...nabila dah knocked out sejak dalam kereta lg.kebetulan kat tv ada cerita hantu lawak...MOMOK..so family kak nor stay sampai habis cerita tu sb budak2 nak tengok.sian kak nor sb mata saya dah layu..
lepas kak nor & family balik mmg saya out terus..meja semua bangun pagi baru settle...

raya ke 5.....kerja lah pulak!!!!

2 comments:

kakyong said...

sonoknya berjaln2 jer koje nabila spjg raya... sampai tak mau balik...

ieda said...

kakyong..
tiap2 malam tertido dalam kereta...hihi