SENANG CARI

20 September 2010

CERITA YANG BERKAITAN..

salam..
muka depan Harian Metro hari ni masih menyiarkan tentang kisah arwah Sosilawati Lawiya tetapi dari perspektif berbeza.ia berkisar tentang ketidakjujuran pekerja kepercayaannya.

pekerja ini didapati menggelapkan wang syarikat mencecah jutaan ringgit.seorang pekerja yang masih muda,berusia 20-an & seorang wanita.setelah bertahun melakukan penipuan,tindakan wanita ini akhirnya disedari arwah pada pertengahan Ramadhan lalu.kini dia tidak lagi bekerja di syarikat NV tetapi dinyatakan di dalam HM bahawa wanita ini cuba tampil dgn produk penjagaan wajah jenama terbaru untuk menyaingi arwah.

kesimpulannya....
sebagai majikan,sebaik manapun pekerja yg kita ada janganlah meletakkan 100% kepercayaan kepadanya.sekali sekala perlu juga menyelidik hasil kerja pekerja itu terutama sekali bila melibatkan kewangan.
saya pernah jumpa pekerja klinik (klinik lain semasa saya buat locum dulu2) yang mengambil duit kutipan harian kemudian menyorok kad pesakit seolah2 pesakit itu tidak pernah wujud.buku daftar juga tidak ditulis nama pesakit tersebut.saya dapat tahu sb kebetulan pesakit itu datang semula semasa saya locum sekali lg di situ & diberikan kad baru oleh pekerja klinik.bila ditanya pekerja tersebut (bukan yang mengambil duit) berkata mmg perkara itu biasa berlaku di situ.dia juga mengaku suatu ketika dia juga pernah melakukan perkara yg sama.

sebagai pekerja...bersikap amanah & jujur semasa menjalankan tanggungjawab.ingatlah bahawa kita mencari rezeki di situ.andai kita tidak jujur,syarikat akan jatuh & punca rezeki kita juga akan terjejas.lagipun apa yang kita ambil itu adalah ibarat mencuri.ia tidak akan membawa kesenangan kepada kita.

fikirkan ttg wanita bekas pekerja arwah Sosilawati itu...bagaimana dia hendak memohon ampun drp arwah???

2 comments:

abangfaizul said...

macam2 kes skang ni kak... nak idup senang la katakan. moral of the story; jangan nak percaya sangat kat orang bawah.

SURIA AMANDA said...

betul..setuju dengan abangfaizul..memang sekarang pasal duit org sanggup berbunuh - bunuhan..x kisah la adik beradik sendiri...