SENANG CARI

02 August 2010

KERNA KASIH GIVEAWAY!!!!

jom sama2 kita meriahkan giveaway special super mom ni.
segala syarat & hadiah sila tengok kat blog JIEY..

 nama anak..nabila norfauziah
nama umie..zurida 
dob anak..1/9/2006

sesuatu yang menguntungkan bila bekerja sendiri ialah kita dapat mengatur waktu mengikut keperluan tanpa ada sesiapa yang boleh membantah.walaupun saya bekerja dari pagi ke malam,saya boleh keluar bila2 masa untuk melihat nabila.yang paling best ialah ofis suami di sebelah ofis saya dan rumah kami juga di kawasan yg sama.boleh jalan kaki saja.suami juga kerja sendiri.jadi nabila akan lepak di ofis suami.lunch break saya join sekali untuk bg nabila makan.

cuma yang kekurangan adalah quality time sebab masing2 sibuk.maka saya gunakan waktu malam untuk bermain dgn nabila....ni mmg fun time.main2 saja.saya banyak gunakan masa dalam kereta untuk ajar nabila bercakap dan mengenal objek...(banyak masa kami dihabiskan dalam kereta juga sebab temankan suami buat kerja @ keluar makan).tunjukkan binatang atau objek dan sebutkan kpd nabila.dia akan cuba ulang tapi tak boleh banyak kali..dia cepat distracted.saya juga guna lagu untuk ajar sebutan sebab budak kecik ni mmg suka menyanyi.siap gaya tangan macam2.
kami gunakan semua peluang yang ada.gambar di atas ialah semasa konvoi (KEMBARA CAKNA)baru2 ni.saya biarkan nabila main dgn piring2 yang sepatutnya diguna utk letak sos.dia susun pastu sepahkan..then susun balik.manfaatnya ialah dia tahu macam mana nak letak bekas2 tu supaya tersusun dgn elok.sambil tu saya tunjukkan warna2 bekas tu.
manfaat lagi satu..
dia leka & senang umie nak makan..hehehe..

cuma satu saja..pada saya ialah takde pressure utk nabila.takde time frame yg menyatakan nabila mesti boleh buat sesuatu dlm tempoh tertentu..cepat atau lambat saya terima seadanya asalkan ada kemajuan & dia seronok.

6 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

betul tu kak...fiza pun setuju, tak de masa yg ditentukan....cuma usaha kita perlu utk melihat mrk terus maju.

fiza akan join GA jiey ini....:)

Noina said...

yeah..akak join gak.. :0 bestnyer.. :)

Betul la kak..mmg tak de masa..huhu..kdg2 rasa terkilan..tapi apakan daya..masa kita terhad untuk anak..huhu..

Azma said...

betul tu..kalu dok paksa2 sgt nnt anak kita akan mengalah dan terus x mau buat apa yg kita harapkan. Lg mengecewakan kan!Anyway, bgsla kualiti masa yg ieda praktikkan tu.

Pnut said...

Ieda-saya bukan ada anak istemewa pun tak der pulak saya nak tetap-tetap tempoh waktu tertentu untuk dia capai...
huhu Alesya dah 2 tahun lebih, kosa kata dia bercakap, boleh kira, berapa patah perkataan je dia leh sebut..

kalau bagi barang kat dia, kita suruh cakap time kasih, dia cakap Mama... (sama-sama le kot,) jenuh ajaq cakap tima kasih, tak mau gak dia sebut.

Pnut said...

Ieda-saya bukan ada anak istemewa pun tak der pulak saya nak tetap-tetap tempoh waktu tertentu untuk dia capai...
huhu Alesya dah 2 tahun lebih, kosa kata dia bercakap, boleh kira, berapa patah perkataan je dia leh sebut..

kalau bagi barang kat dia, kita suruh cakap time kasih, dia cakap Mama... (sama-sama le kot,) jenuh ajaq cakap tima kasih, tak mau gak dia sebut.

ieda said...

fiza..
jemput join.ada banyak masa lagi..
seronok kongsi cerita.

noina..
rasa terkilan tu selalu ada esp bila balik kerja dia dah tidur..

azma..
tq..terpaksa selit2kan masa.

pnut..
dah pnut cakap terima kasih tu yg dia cakap sama2...hehehe