14 March 2010

semoga ibu ini tabah..

salam..
baca metro semalam?kisah rumah artis jadi tempat memproses dadah.puas saya berfikir siapalah artis tu...baca paper hari ni,sesungguhnya saya terkejut dengan berita yg dipaparkan.sungguh saya tidak menyangka artis ini yg terlibat.selama ini saya membaca kisah2 @ cerita2 baik ttg dirinya.seorg anak yg sgt menyayangi ibunya.saya tidak mengatakan dia jahat sekarang tetapi saya simpati terutama sekali kpd ibunya yg saya yakin seorg ibu yg baik...ayat2 ibu ini didlm sms kpd harian metro sgt menyentuh perasaan..saya bukanlah peminat artis yg ditahan ini tetapi saya meminati lakonan ibunya.biarpun kadang2 nampak over tp saya suka cara beliau.

(gambar from google)
saya harap moga azean dapat menempuhi situasi ini dgn tabah...moga masyarakat tidak mencemuh beliau hanya kerana kesilapan anaknya.
benjy masih disiasat.belum ada keputusan kes tapi andai disabitkan kesalahan hukumannya adalah maksima...jauh disudut hati saya mengharapkan perkara ini tidak berlaku kepadanya.kenapa?kerana saya membayangkan betapa besarnya kepedihan yg perlu ditanggung ibunya....

semoga anak2 muda lain mengambil iktibar kejadian ini.biar susah mana sekalipun hidup kita ini elakkanlah drp melakukan kerja2 yg menyalahi undang2 dunia & undang2 agama.sebelum lakukan sesuatu fikirkan ttg ibubapa dahulu.
saya berdoa moga Allah melindungi anak2 & ahli keluarga saya drp terlibat dgn perkara2 sebegini.

No comments: