18 October 2009

bila anak dewasa....

ahad..18.10.2009
sehingga ke hari ini entah berapa ribu pesakit yang telah saya jumpa..ada yang berjaya dirawat..ada yang tidak.itu semua ketentuanNya.kita sebagai hamba hanya berusaha semaksima yang termampu.
dalam menjalankan tugas setiap hari,hati sering tersentuh dengan sikap insan2 yang bertemu dengan saya.ada kalanya sangat terkesan di hati.
majoriti pesakit saya adalah kanak2..maklumlah budak2 mudah kena penyakit..tidak ada ibu bapa yang tidak resah bila anak mereka sakit.cuma tahap kebimbangan itu yang berbeza2..tapi yang nyata bila anak2 sakit,ibubapa akan segera membawa ke klinik/hospital.ada yang demam tengahari,petang terus jumpa doktor.ada yang lepas dua tiga hari baru ke klinik tapi anak2 ini tetap diberi ubat terlebih dahulu..yg dibeli di farmasi atau baki ubat lama..bagaimana anak2 yg sakit ini dilayan oleh ibubapa?lumrah..anak2 didukung..dipeluk..dibelai..dipujuk..dan sebagainya..menangis pun tidak dimarah..ini memang yang sewajarnya..sangat normal..(ada ke ibubapa yang tak buat macam tu??kalau ada mmg jenis tak berhati perut..)setiap kali saya melihat perlakuan ini hati saya pasti bertanya..apakah anak ini akan melakukan perkara yang sama bila ibubapanya sudah tua & sakit nanti??sabarkah anak2 ini melayan kerenah ibubapa mereka nanti sepertimana sabarnya ibubapa melayan mereka semasa mereka masih kecil?
satu lagi golongan pesakit yang agak ramai adalah golongan warga emas..mereka inilah yang sering membuat saya sedih & menangis di dalam hati..(iyelah..takkan nak menangis depan patient..)bukan kerana sikap mereka tetapi sikap anak2 yang sangat keterlaluan.(tidak dinafikan..ada anak yg sgt prihatin..alhamdulillah).
antara ayat2 yang sering diluahkan mereka:
i.   tak de orang nak bawa ke klinik..anak2 kerja.
ii.  anak2 semua duduk jauh
iii. tak ada sapa yang peduli...anak2 pun tak ambil tahu (golongan ini sering menangis di hadapan saya)
iv. duit tak ada
ada yang bawa ibubapa yang uzur ini ke klinik membiarkan saja ibu/bapa berjalan sendiri terhoyong-hayang masuk ke bilik doktor..mmg ada pembantu klinik tapi di mana tanggungjawab sebagai anak?malah ada yang marah bila ibu berjalan lambat.ada yang letak kereta jauh dari pintu klinik membiarkan ibu/bapa berjalan keluar ke kereta sendirian sedangkan ada ruang untuk parking lebih hampir..
kadang2 ingin saja saya meng'ayat'kan golongan ini tapi saya sabarkan kerana tidak mahu suasana menjadi keruh..they are my customer in a way..
kalau kita sering ke hospital pasti akan pernah melihat pesakit warga emas terlantar tanpa ada yang datang mengunjung..ke mana anak2 mereka?sibuk sangatkah?
kepada ibubapa yang tidak bertanggungjawab..mengabaikan anak2 semasa anak2 ini masih kecil,mungkin ini balasan untuk mereka.tetapi mereka masih punya hak sebagai ibubapa dan kita punya tanggungjawab sebagai anak2..lakukan yang terbaik..balasan dosa pahala biar Allah yang tentukan.
saya juga sibuk dengan pekerjaan dan urusan keluarga sendiri. walau apa pun saya sentiasa berdoa agar tidak lalai & leka sehingga mengabaikan ibubapa tambahan pada usia emas mereka sekarang..biarlah badan ini letih dan lesu..saya cuba menghadirkan diri untuk mereka.semoga Allah memudahkan segalanya dan saya bersyukur diberikan suami yang tidak pernah merungut biarpun saya perlu ke rumah ibubapa pada jam 3 pagi..terima kasih suamiku dan syukur kepadaMu Ya Allah..
kepada semua yang membaca..remaja atau dewasa..hargailah ibubapa kita..bayangkan apa yang telah mereka lakukan & korbankan untuk kita selama ini..sayangi mereka...jangan sakiti hati mereka.   
semoga anak2 ini menjadi anak2 yang penyayang & bertanggungjawab



 

No comments: