31 May 2012

TERKILAN

salam..


kanser...
antara rawatan hospital dan alternatif..
saya masih yakin dgn rawatan hospital..
sedikit terkilan bila ada pesakit yg agak rapat dgn kita keberatan untuk meneruskan rawatan hospital...bukan bersikap berat sebelah..
tapi...rawatan alternatif adalah sokongan kepada rawatan hospital...jangan tinggalkan yang lebih utama.rawatan awal memberikan prognosis yang lebih baik.

saya juga punya supplement yg dikatakan (dibuktikan) mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser..tapi saya tidak akan memberikan kepada pesakit saya selagi belum menghabiskan rawatan di hospital...namanya pun supplement.

***dan pagi ini saya melihat seseorang yg saya yakin diagnosisnya adalah penyakit itu....dan saya cuba meyakinkannya utk membuat rawatan dgn segera di hospital***



30 May 2012

SHOCKING NEWS

salam...

mood yang agak suram...
malam tadi baca mesej ttg pemergian seseorang ke rahmatullah..

mesej masuk petang tapi oleh kerana telefon tu tertinggal kat rumah maka ia hanya dibaca sekitar jam 9.30pm.
ditakdirkan utk tidak berjumpa sedangkan tengah hari semalam kami ke Penang.balik sekitar 4.30 ptg...waktu itulah mesej masuk ke phone saya.

siapa dia?
dia adalah bekas bos saya semasa di O&G Kulim dulu..walaupun sekejap shj bekerja di bawahnya kerana dia membuka maternity home sendiri selepas itu,persahabatan tetap terjalin.sering juga merujuk kepadanya bila ada perkara berkaitan O&G.
tapi sejak setahun dua  ni agak kurang berhubung..masing2 sibuk.
dia adalah seorang bos yg understanding..tegas tapi ada kalanya kelakar,kdg2 merajuk dgn kami anak2 buahnya.banyak ilmu yg dikongsi bersama.bila on call dgnnya tak pernah rasa bimbang...call saja pada waktu mana pun..biarlah kes yg bagaimana pun...dia tetap layan kita dgn baik.juga punya komunikasi yg sgt baik dengan pesakitnya.suka bila ada morning round dgnnya...gelak2 saja.patient pun kadang2 tergelak dengan kata2nya.
saya melihat dia sbg seorang yg senang didekati,tahu hala tujunya,business minded....grab apa saja peluang yg ada didepannya.
dengan keluarganya...(isterinya juga doktor)..kami dari luar melihat dia sebagai seorang suami & bapa yg penyayang.

basically...he's such a wonderful person..
pemergiannya secara tiba-tiba (collapsed & died....heart attack)...tanpa sebarang penyakit yg diketahui (oleh kami) sebelum ini memang mengejutkan.

alFatihah utk arwah Dr Abdul Hamid..moga arwah ditempatkan bersama hamba2nya yang soleh di sana..
salam takziah dari kami buat Dr Azrina sekeluarga.moga tabah menghadapi kehilangan ini.kami temannya merasa kehilangan yg teramat..apatah lagi kamu sebagai isteri....sabarlah.

antara kenangan bersama arwah.
1..dia seorang yg suka makan...cakap saja kat mana yg best..hatta cendol pulut tepi jalan sekalipun..mencangkung dia di situ menikmati keenakannya (dia ceritakan hal ini kepada kami).

2..kes kematian maternity kami yg pertama....patient datang dalam keadaan yg sudah tenat..ibu & dua2 bayi kembarnya tak dapat diselamatkan...kami bersama (berserta pakar bedah) mengendalikan kes dari jam 7.30 pagi hingga 2.30 ptg...hanya kes itu sahaja.dia datang ke labour room well dressed kerana hari itu adalah hari perasmian hospital..

3..ada kes yg memerlukan BTL tapi MO tak dapat nak yakinkan suami untuk menandatangani borang walaupun bermacam penjelasan diberikan.bagi saja kes kepada dia...sekejap shj dapat persetujuan suami pesakit.
saya pernah tanya..
"Dr Hamid,you cerita apa kat husband patient ni?boleh setuju plk dia?"
jawabnya sambil tersenyum bangga.."biasalah...org lelaki".

4..dia cuba menganjurkan jurnal club walaupun saat itu kami hanya ada 3 MO di unit O&G..tujuannya utk melatih & menggalakkan kami membaca jurnal.dapatlah beberapa kali meeting.

5..nak bercuti memang mudah asalkan ada MO cover ward.cuti dulu,isi borang kemudian pun ok saja bg dia.

6..juga baik dengan maidnya...pernah dia berkata..
"you tau...maid I dulu masa I mula ambik dia...kurus kering ja.sekarang ni tengoklah...sihat.mana taknya...apa yg kami makan semua dia makan.."...sambil gelak2.masa tu tgh berjalan balik ke kuarters lepas habis kerja.

dan....banyak lagi kenangan...



28 May 2012

LATIHAN PENGERINGAN

salam...


rasanya macam dah lama nak train nabila tak pakai pampers...tapi tak buat betul2 lagi pun.sejak awal bulan ni rasanya,cikgu nabila pesan nabila tak boleh pakai pampers masa pi sekolah.tapi dalam beg adala bekalnya.
masa hantar memang tak pakai tapi masa balik...kembung ja seluar dia..hhihi..
cikgu cakap dalam pukul 10 pg gitu dia basahkan lantai (sejam lepas masuk kelas).banyak kali juga macam tu.

sampailah semalam (@ kemarin/ahad)..
saya ambil dia kat sekolah.tengok punggung tak bambam pun.pakai baju sama dengan yg masa hantar (biasanya kalau dia basah cikgu tukar seluar baju semua sekali).
"nabila kencing kat toilet ka?"...umie dia excited.
"dak...dia tak mau kencing"....kata cikgu dia.
(hilang sat excited umie dia)..
"dari pagi sampai la (pukul 1 tgh hari) tak kencing lagi?..boleh plk"...umie macam pelik.
"dah tanya banyak kali..dia kata tak mau"...kata cikgu lagi.
"jangan kencing dalam kereta dah satgi..."...umie dah risau.

balik sampai rumah (singgah kedai sat) dia relax ja.saya masukkan kain dalam mesin basuh..dia kalut nak masuk bilik mandi.sempat buka2 semua...kencing kat toilet...mandi sendiri...siap sabun semua...pandai la dia...anak sapa tak tau nie???...
tapi lepas tu bagi pampers balik la...kat rumah tak daya nak mengelap kalau dia melepas merata...

hari ni pun sama...balik sekolah masih kering.
abah mandikan kat ofis....balik rumah tanpa pampers..
makan minum...makan minum...
last2...
"mie....cin..."...sambil pegang2 kat situ..
hmmm...berderai kat tepi meja makan...
mandi la seround lagi...

tak pa la baby....slow & steady...ni pun dah cukup bagus buat masa ni...
jimat separuh budget pampers tu....boleh tolak ke susu sebab susunya makin laju.

kanak-kanak riang sokmo...

DUIT PI MANA???

salam..


adoiyai!!!
pening pala aih!!
dah bank-in duit elok2 untuk cover cek semua...lega dah rasanya.
tetiba petang ni ada rep. call cek dia tak lepas...
apa kes la plk ni?
sapa plk yg sedut duit ni?
memang ada loan dgn bank ni tapi selalunya depa tak ambil duit dalam akaun sebab depa tau ada cek nak keluar.....takkan kali ni depa nak pekena saya plk kot.tadi org pi bayar loan tak cakap apa pun.
satu hal plk la nak kena pi ngadap org2 bank ni..malas betoi!!!
tadi dah pi...esok kena pi lagi...
rep ni plk inform dah lewat.org dah balik dari bank baru bgtau.
cek dated 5 hari lepas..(bukan dia yg lambat..budak ofis dia la tu)..

tadi masa tgh bayar kereta ada sorang customer tu terkejut bila cek duit dia kat ATM...hilang RM3000....tak tau cemana boleh lesap.kad ada kat dia.tapi dia bank lain..saya bank lain.

####kalau duit juta-juta takpa la...####
SU cepat2la dapat projek besaq yang oiii!!!....