20 June 2013

TIGA BERADIK

salam...

moga diberi kelapangan pada hari Sabtu ini untuk memperbetulkan keadaan pokok2 bunga yg ditanam di kawasan rumah....
jiwa kacau bila melihat kebanyakannya rosak dikerjakan oleh makhluk bertiga yang semakin rancak beraktiviti di rumah.
marah pun tak guna.....tiga2nya tak faham bahasa.

dalam kekalutan meguruskan keadaan my sis...pokok2 semuanya diabaikan seketika.
sekarang keadaan kembali stabil...moga hujung minggu sehari kali ini dapat dipergunakan sebaiknya (walau ada yg telah 100% pasti tidak dapat diselamatkan)...

 'belang'
 'cemey'
'pok'
muka tiga beradik yg makin terlebih aktif.....

*****ooo.....sabtu ni Dato' MB akan ke kawasan taman ini ..........tengok pokok sajalah....takyah sibuk2 nak jumpa MB...biar SU ja yg ke situ*****

16 June 2013

SELAMAT.....

salam...


update....
my sis dah discharge dari hospital kemarin....alhamdulillah....post op was uneventful.
next adalah ultrasound abdomen pada 18/6 & tunggu tarikh temujanji onchology penang..depa pi bagi tarikh hari Sabtu makanya kenalah depa call penang semula...sapa kerja hari Sabtu kannnn???!!
anyway....selama my sis duduk kat wad & beberapa kali saya ulang alik keluar masuk....saya dapati nurse2 kat situ semua ok.mesra pelanggan belaka.alhamdulillah.
malam ni nak buang benang jahit tu (STO)...buat sendiri sajalah kat rumah....

lagi satu cerita...
tahniah kepada warga G2 yang telah memenangi pertandingan futsal ANSARA 69 (SPM 1986) kemarin...mengalahkan KB dn jaringan 5-0......
berbaloi top scorer terbang balik dari jauh semata2 utk bermain futsal....(dari arab sana...Abu Dhabi kot).
dia senyum sorang2 dalam kapalterbang malam ni (terbang balik rumah dah)...

depa ni semua mmg footballer zaman sekolah dulu.
well done guys...
tahun depan boleh menang lagi kot?

 dua2 gambar ni diciplak dari fb group tanpa kebenaran...hihi


Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa.....moga menjadi bapa yang disayangi & dihormati anak2....
ALFATIHAH buat arwah bapaku yang tersayang...miss u so much & forever.

13 June 2013

KESEJUKAN

salam...

malam yang best....sejuk.
hujan dari pagi tadi.kemudian berhenti sekejap di tengah hari.
dari pukul 5 petang hujan turun semula tapi kali ni berserta angin kuat....alhamdulillah tiada kerosakan di mana-mana.

khabarnya Alor Setar ada kejadian banjir...biasalah di bandar...banjir kilat.
teringat masa buat locum di salah sebuah klinik di Alor Setar lama dulu...menjelang magrib hujan turun dengan lebat.staf klinik bgtau saya..
"jaga2 la dr...satg semua benda mai sini..."
"apa dia?"...tanya saya.
"hujan lebat ni...satg ayaq masuk klinik...macam2 benda mai...tikuih pun ada"...kata dia sambil gelak2..
"betoi ka ni?"...tanya saya lg.
"betoi...dr tengok satg".....jawab dia.

tak lama pun selepas tu air mula masuk dalam klinik...mmg betul la...macam2 ada dalam air tu.cuma tikus ja tak menjelma.
klinik tu terletak berhampiran deretan gerai di bahagian belakang pekan.memang kawasan sekeliling agak sesak dan longkangnya tidak begitu terjaga.aliran air memang teruk & air yg masuk klinik pun bukan air bersih.
malam itu kami tutup klinik lebih awal dari biasa (walaupun saya bukannya tokey...hehe).

drive sorang2 dalam hujan untuk balik ke rumah...sampai di tengah2 pekan saya agak pelik kerana traffic slow....bila jalan ke depan sikit rupa2nya air dah bertakung atas jalan...dah la gelap malam...redah banjir plk....mujur kereta pandai jaga tuan...elok ja bergerak.saya lemah sikit drive dalam hujan waktu malam ni...terutamanya kalau tak ada lampu jalan...main redah ja.memang tak nampak apa yg kat tepi sebelah kiri.sepanjang perjalanan malam tu memang suspen...berdoa agar tak langgar motor ja....alhamdulillah selamat sampai rumah.

***tadi pergi visit kakak saya kat wad..katanya awal pagi tadi ada kemalangan di kawasan Pulau Sayak...seorang wanita cedera parah (dalam perjalanan ke tempat kerja....hujan lebat agaknya masa tu)..wanita tersebut meninggal dunia semasa berada di dalam wad pagi tadi (wad yg sama dgn my sis)......Al Fatihah buat arwah.

***berhati2 memandu di musim hujan ini...moga kita semua dijauhi dari malapetaka...***


12 June 2013

PEMERGIAN YANG TIDAK TERDUGA

salam...
dalam mood kemengantukan....

apabila kita diberi ujian...seketika kemudian kita akan diperlihatkan dengan ujian utk orang lain pula agar kita tidak mengeluh & berputus asa....
berapa kali kita bertembung dgn situsi seperti ini?
saya?...memang kerap sebab setiapp hari saya berjumpa dgn orang yg mempunyai pelbagai masalah....kesihatan,emosi,keluarga dsb.

kisahnya...
awal malam tadi kami menerima berita pemergian adik ipar seorang sahabat NARC....kematian yg tidak diduga.dalam keadaan kesihatan yang baik (tanpa pernah mengalami sebarang penyakit) arwah tiba2 mengalami bengkak kaki dan beliau dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.belum sampai seminggu beliau dipanggil kembali kepada Penciptanya....seorang isteri & ibu dalam usia 30an..meninggalkan 4 orang cahaya mata berusia antara 5 tahun sehingga 13 tahun......

punca kematian dikatakan sebagai 'kegagalan buah pinggang' namun apakah punca kepada kegagalan fungsi buah pinggang itu masih belum diketahui.masih menunggu keputusan biopsi.pemeriksaan post mortem juga telah dilakukan malam tadi.

bersama ahli keluarganya,kami mengiringi jenazah dari Hospital Bukit Mertajam sehingga ke rumah keluarganya.jenazah selamat tiba ke kampung halamannya sekitar jam 3 pagi.majlis pengkebumian dilakukan pagi ini.kami hanya berada di situ sehingga jam 5 pagi....bergerak kembali ke rumah & selamat tiba sekitar jam 6 pagi tadi.

agak lega kerana semasa di rumah arwah awal pagi tadi anak2nya sedang tidur..saya tidak dapat membayangkan apakah reaksi anak2 arwah apabila melihat sekujur tubuh kaku ibu mereka....sedangkan adik2nya juga tidak berhenti mengalirkan air mata apatah lagi anak2 yang saban hari bersama ibu mereka (seorang suri rumah)...syukur kerana saya tidak diberikan peluang melihat detik pilu itu.

semoga Arwah ditempatkan bersama hamba2Nya yang beriman...
semoga suami arwah bersabar & kuat menghadapi ujian berat ini (suaminya tidak sempat untuk bersama Arwah diakhir hayatnya....beliau keluar sebentar dari wad kerana melihatkan keadaan arwah yang agak baik berbanding hari sebelumnya).

ALFATIHAH.....