salam sejahtera...
kembali bersiaran setelah sekian lama menghilang. tenggelam timbul ja ni. kadang rasa tak mau tulis dah tapi kadang rasa sayang plk sebab banyak rentetan kehidupan yg ada dalam blog ni.
terimakasih kepada yang rajin menjengah ke sini.
harini mood rajin menyapa....kita update sikitlah.
28.2.19...
nabila dah 12 tahun lebih, menghampiri ke usia 13 tahun.
maka hari ni kena la suntik pelalian HPV iaitu suntikan untuk mencegah jangkitan virus (human papilloma virus) yang berkait rapat dengan kejadian kanser pangkal rahim. bila diberi pelalian ini, secara umumnya kita telah mengurangkan satu faktor risiko untuk berlakunya barah pangkal rahim.
Ia diberi percuma kepada semua murid sekolah (perempuan) yang berusia 13 tahun. yang terlepas boleh rujuk ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkannya.
suntikan ini selamat. tiada kesan sampingan yang berat. tak perlu risau untuk membenarkan anak-anak kita mengambilnya.
Nabila pun ok ja setakat ni. alhamdulillah. tak menangis pun masa kena suntik.
dia dah tau sejak 2 hari lepas sebab umie dia ni jenis prepare mental anak siap-siap. walaupun nabila kurang upaya, dia punyai hak untuk mengetahui apa yg bakal dihadapinya di sekolah.
oleh kerana dia pernah kena cucuk sebelum ni (pelalian & IV antibiotik) maka dia pun faham apa itu 'cucuk'. excited plk dia nak ke sekolah bila bagitau hari ni kena cucuk. so mentally prepared....dia pun steady ja la.
Nabila kidal. maka umie siap2 pesan kat cikgu, nanti bagitau nurse untuk suntik sebelah bahu kanan supaya tak ganggu aktiviti dia. tapi dalam kalut-kalut agaknya, nurse cucuk juga bahu kiri. Maka lunch tadi tak mau makan sendirilah (dia makan guna sudu). alasah, tangan sakit kena cucuk. bersuaplah jawabnya. makan banyak plk tu. mengantuk2 dah umie tunggu sementara nak siap makan. tak apa la...asalkan awak sihat. setakat sakit, lenguh tu biasa la.
untuk anda yang punya anak gadis pada usia 13 tahun, bila diberi borang oleh guru sekolah untuk kebenaran suntikan pelalian HPV, usah ragu-ragu. Benarkan anak-anak mengambilnya untuk kebaikan mereka juga nanti.