08 October 2018

CUCOR UDANG SEDAP DI POKOK SENA KEDAH

salam sejahtera....
selamat bekerja. musim hujan sekarang ni. hati-hati bila di jalanraya terutamanya di sebelah petang. kerap berlaku hujan lebat beserta banjir kilat.
dalam musim hujan lebat ni pun kami sempat lagi jelajah jamu selera...hihi. sebenarnya dah lama tempat makan ni kecoh di media cuma kami ja yang tak berkesempatan. walaupun selalu juga menghala ke utara, ada saja halangan untuk menjengah kedai ni.


Kedai cucur udang yang diusahakan oleh dua adik beradik yang cantik. terletak di Pokok Sena Kedah.

Sabtu baru-baru ni, sambil menemani suami berurusan, kami mencuri kesempatan untuk singgah di sana. mengejar masa sebenarnya sebab dah tahu bila petang berkemungkinan besar akan hujan. 

benar bagai dijangka. semasa solat asar di masjid berhampiran, hujan mula rintik. langit gelap. dalam hati mengharapkan biarlah sempat kami tiba di kedai tersebut.
alhamdulillah, saat kami tiba hujan baru renyai-renyai. dapatlah masuk ke kedai tanpa basah kuyup. mulanya saya ingatkan ia hanya gerai kecil di tepi jalan. rupanya kedai tersebut agak luas. ada banyak kerusi meja dan selesa untuk melepak.
walaupun ada lalat tapi keadaan kedai nampak bersih. di Kedah ni kalau musim hujan selepas panas berpanjangan memang lalat membiak dengan jayanya. pergilah ke mana-mana kedai pun, pasti ada lalat di meja. beza jumlahnya saja. kalau lalat terlalu banyak memang akan saya elakkan buat sementara. tunggu sehingga habis musimnya.


sebagai lawatan pertama, kami order sedikit sahaja makanan. sekadar test rasa.
suami order cucur udang 2 biji dan untuk nabila yang tak boleh berpisah dengan nasi, dipesankan sepinggan nasi goreng. ada sepasang suami isteri yang menjual ayam goreng di meja sebelah maka saya belikan seketol ayam (RM2) & satu cup chicken popcorn (RM2).


bila makanan tiba di meja....oooh, rupanya sebiji cucur udang diletakkan dalam satu pinggan. besar juga saiznya. cukup untuk seorang makan. kalau di tempat lain, cucurnya dihidangkan bersama timun dan tauhu tapi di sini hanya cucur udang dengan kuah kacang. sedap kuahnya. puas hatilah. sebiji RM2 kalau tak silap saya.  




gigit ayam dulu sementara tunggu nasi


masa kami makan tu hujan turun dengan selebat-lebatnya. siap guruh kilat lagi. tapi tetap ada juga pengunjung yang baru tiba berselang seli masuk ke kedai. 

selain daripada cucur udang dan ayam goreng ala KFC, ada juga masakan panas di sini. bolehlah nak cuba pelbagai resepi yang ada.
nasi goreng untuk Nabila pun sedap. besar portionnya sampai Nabila tak larat nak habiskan.



sebiji cucoq udang....hampir penuh sepinggan


nak tunjuk kuah kacangnya yang sedap


untuk minuman, di sini terkenal dengan teh aisnya. tapi saya tak order sebab perut tak berapa selesa sejak beberapa hari kebelakangan ni. jadi saya elakkan minuman berais dan bersusu buat sementara.


untuk anda yang suka jelajah makan-makan, bila sampai ke utara ni bolehlah cuba selera di sini.
terletak di pekan Pokok Sena Kedah (ada Pokok Sena Penang....jangan tersalah arah...hihi)......boleh check lokasi di FB mereka



rasa?.....subjektif. pada saya memang sedap.
layanan?....memuaskan
suasana kedai?....bersih, selesa untuk lepak di petang hari.
harga?....sangat berpatutan





02 October 2018

AWAK TAK TAHU APA ITU PASKAL?

salam sejahtera..

hujung minggu baru-baru ni, kami bertiga (saya, suami & nabila) sekali lagi melayan movie. kali ini kami mengambil kesempatan untuk menonton kisah PASKAL. sejak melihat iklan tentang kisah ini, saya dan suami membuat keputusan untuk menonton di pawagam sebab rasa macam menarik. kami jarang menonton cerita Melayu (ikhlas cakap). yang terkini sebelum Paskal ialah cerita Hantu Kak Limah sebab saja nak rehatkan minda. tengok cerita yang tak payah fikir dan nak gelak-gelak dalam panggung. 




tentang PASKAL....
PASKAL adalah singkatan kepada Pasukan Khas Laut, satu pasukan elit dalam TLDM.
mulanya cuak juga nak bawa Nabila sebab boleh agak cerita ni  "bising". maksudnya akan ada sound effect yang kuat. Nabila tak berapa suka bunyi-bunyi yang terlalu kuat. sakit telinga katanya. dan betullah tekaan saya. di permulaan tayangan, Nabila asyik tekup telinga. umie dia dah susah hati. janganla dia ajak keluar....rugi ja duit. dahla umienya nak melayan cerita tu.

tapi lepas seketika, Nabila relaks ja....dia pula yang khusyuk menonton. lega rasanya.


pada pendapat saya, PASKAL adalah satu pembentangan layar yang sangat baik. berbaloi. puas hati menontonnya. ceritanya tidak meleret-leret, straight to the point. cepat dan padat. diselitkan ungkapan-ungkapan jenaka dalam situasi tegang yang mampu membuat penonton tergelak. juga dimasukkan episod-episod menyentuh jiwa dengan kehilangan jiwa anggota PASKAL.


dari segi sinematografi, memang menarik. untuk cerita-cerita negara kita, ia tidak mengecewakan terutama sekali gambaran kapal selam yang bergerak merentas lautan. pada saya, ia digambarkan dengan cantik sekali.


cuma dua perkara yang saya rasa agak kurang berjaya iaitu yang pertama dari segi penuturan dialog. kebanyakan pendokong watak menuturkan dialog mereka seolah-olah membaca sahaja. bukan pada setiap masa tapi ada ketikanya bunyi percakapan kurang menarik (agak tidak realistik).
yang kedua, bunyi muzik latar yang agak kuat dan mengganggu dialog serta sound effect yang lain. ada ketikanya, bunyi muzik menghilangkan rasa debaran terutamanya ketika adegan menjejaki lanun di dalam kapal. lebih menarik jika dibiarkan kosong/sunyi tanpa muzik latar dan penonton dikejutkan dengan aksi2 pelakon atau sound effect sahaja.


bagaimanapun, secara keseluruhannya kami berpuas hati. boleh menonton sekali lagi tanpa rasa bersalah.
Nabila juga sangat menghayati sampai 'terbelakon' semasa tayangan berlangsung. mujur ada bunyi dari skrin, penonton lain tak perasan dia sedang bercakap ala-ala guna walkie talkie dengan kawannya. umie yg duduk sebelah dia terperasan, terus suruh dia diam....hihi.


tahniah kepada keseluruhan pembikin dan pembawa watak dalam PASKAL. anda telah membawa kami rakyat biasa yang bukan dari anggota keselamatan untuk menyedari bahawa di luar sana ada satu kelompok rakyat negara kita yang pada sebarang masa bersedia menyerahkan jiwa raga membantu menjaga keamanan negara serta membantu rakyat negara luar.
tidak ramai yang mengetahui tentang kelompok ini....
kewujudan filem ini membuatkan kami membuka mata dan minda tentang bakti dan pengorbanan PASKAL.

tahniah..

selamat menonton kepada anda yang masih belum menontonnya.