SENANG CARI

12 June 2017

AIR OH AIR

salam sejahtera...
Ramadhan ke 17 dah hari ni....
menuju ke 10 malam terakhir...moga amalan dapat ditingkatkan lagi.

Ramadhan di kawasan kami agak mencabar tahun ni. cuaca yang sebelumnya sentiasa hujan dan dingin, bertukar secara tiba-tiba. terus panas dan kering. sekali sekala berangin sepoi-sepoi bahasa menghilangkan bahang.

Menambahkan keresahan bila bekalan air paip selalu terganggu. alhamdulillah, fasa perumahan yg saya duduki tidak terlalu teruk terjejas. sekali sekala terhenti dalam jangka waktu yg singkat. kemudian alirannya perlahan di selang seli dengan air paip yg laju.
Namun di beberapa fasa perumahan yg lain, air terhenti beberapa jam. ada kalanya melebihi 24 jam. begitu juga di kampung dan taman-taman perumahan lain di Kedah.

Jadi, kepada anda yang akan  balik kampung, berhari raya di Kedah, harap membuat persediaan lebih awal. tanyakan keluarga di sini sama ada rumah mereka terlibat dengan masalah air ini (ada kawasan yang elok sahaja bekalan airnya). jika ada masalah bekalan air, mungkin perlu bawa bekalan pakaian yang lebih terutamanya jika ada anak kecil. bersedia juga untuk beratur di kedai-kedai dobi. permintaan pasti meningkat di musim perayaan. tambahan pula pasti ada yang menutup operasi beberapa hari sempena cuti umum. musim perayaan tahun lepas ramai yang menghadapai masalah tiada bekalan air paip. dijangka tahun ini juga akan berlaku perkara yang sama.


masalah yang entah bila akan berakhir.
sabar.....







2 comments:

Yati said...

Susah juga ya, kalau tak ada air. Letrik tak ada, boleh tahan lagi.

ieda said...

betul....leceh kalau tak ada air...tambah2 yg ada ramai anak