SENANG CARI

14 May 2017

PULAU PERHENTIAN - HARI KE TIGA

salam sejahtera....

lama berselang baru nak bersambung semula....buat apa ntah sampai terlalai macam ni....
takpa....hari ni kita imbau semula kisah percutian keluarga kami.


tidur malam saya pada hari tersebut tidak begitu nyenyak sebenarnya....almaklum berubah tempat.
awal-awal pagi pula nampak nabila duduk di katilnya. terus saya dapatkan dia dan tidur di situ...
tambah tak selesa sebab sempit (katil dua tingkat di bahagian bawah). namun demi nabila, kugagahi jua....(cheewah)....


belum subuh saya dah bangun....satu bilik air nak bergilir 5 orang maka kena timing betul-betul.
settle semua, saya dan suami keluar sarapan. memang plan keluar awal sebab nak menghayati keindahan alam di awal pagi.sebelum keluar pastikan semua dah bangun solat subuh dulu. cantik sungguh pemandangan di pulau ni.

keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa

dari tempat makan

nasi dagang di pulau

dari kedai makan boleh nampak orang makin sibuk memulakan hari masing-masing. bot-bot pelbagai saiz yang mulanya kaku dilambung alun, mula bergerak satu persatu.dari kejauhan kelihatan bot mencandat sotong menghampiri jeti setelah semalaman di tengah laut.kali pertama dalam hayat saya melihat bot mencandat sotong yang settingnya berbeza dengan bot-bot nelayan biasa.
di hujung sana adalah bot mencandat sotong...
penuh dengan pancang

bersarapan berdua sambil melihat panorama hidup masyarakat pulau dengan kehadiran pelancong yang ramai sangat indah sekali.


selesai sarapan, kami bergerak ke hujung jeti mencari lokasi untuk merakamkan lagi keindahan pagi.
seterusnya kembali ke bilik bersama bekalan sarapan untuk anakanda bertiga.

keindahan yang sukar dilupakan

budak baju hijau angin tak elok sebab bot lambat sampai

selesai sarapan kami check out....perlu bertolak balik meninggalkan pulau perhentian kecil dengan jutaan memori indah.....dengan rasa ingin kembali.bot ke tanah besar sekitar jam 10 pagi....sekali lagi menahan debaran meredah ombak Laut Cina Selatan. namun kali ini kami diberikan bot yang mempunyai pelindung tingkap atas permintaan suami kerana ada anak yang tidak selesa dengan bot yang terbuka.


alhamdulillah selamat tiba di tanah besar setelah lebih kurang setengah jam dilambung ombak kecil.

singgah sebentar di gerai-gerai sekitar jeti mencari barang souvenier dan kemudian terus ke kereta untuk bergerak ke Kelantan pula.


dalam perjalanan ke Kelantan, kami sempat singgah di restoran Profesor Cendol yang dari kejauhan nampak sangat meriah....sentiasa penuh dengan pelanggan.
(kisah restoran ini akan ditulis kemudian nanti).

setelah itu, menjadi kewajipan untuk sesiapa yang masuk ke Trengganu untuk membeli keropok.....kami hanya membeli keropok kering memandangkan akan bermalam di Kelantan pula. dalam hati memang teringin membeli keropok losongnya yang sedap itu.

singgah solat Jumaat di pertengahan jalan, kemudian kami terus ke PCB. bermalam di homestay kepunyaan sahabat suami. semua 3 keluarga tinggal serumah kerana rumahnya agak besar. satu keluarga ambil satu bilik...jimat kekdahnya...





No comments: