SENANG CARI

03 March 2017

CELOTEH JUMAAT

assalamualaikum...
selamat tengahari...

March yang penuh debaran...alhamdulillah melepasi fasa yang sukar.
moga terus diberi ketenangan dan kemudahan oleh Allah swt untuk terus menjadi hamba yang dikasihiNya.


Bagi yang sedang menghadapi fasa sukar, teruskan berdoa. InsyaAllah Dia tak akan biarkan kita. Ujian dariNya untuk melihat kesabaran dan keimanan kita.Teruskan juga berusaha kerana sekadar doa tanpa usaha tiada penyudahnya juga.


Alhamdulillah juga...pada 1/3/17 mak mertua telah selamat tiba dari tanah suci setelah selesai menjalani ibadah umrah. tiba dalam keadaan sihat kecuali suara yang serak....mungkin kurang minum di sana.


alhamdulillah juga....kemarin 2/3/17, anak saudara sepupu (anak menakan pupu kata org Kedah) telah selamat melahirkan anak pertama...bayi perempuan.
melangkah ke alam perkahwinan mereka juga diuji dgn pelbagai kesukaran dari luar hingga hampir membatalkan semuanya...namun jodoh diatur Allah. cinta sejati pasangan muda teguh diikat... moga mereka bahagia hingga ke syurga.
nanti nak balik kampung tengok cucu menakan.....nama apa pun tak tau lagi..


Itu dulu celoteh untuk hari ini...

sesiapa yang tak sihat dan yg sihat tapi nak maintain tenaga boleh wassap untuk beli suplemen yang selamat...

guna nombor ni.....0107796751.




Selamat menghayati Jumaat yang mulia.





No comments: