SENANG CARI

31 March 2016

BAHANG

salam sejahtera....

panas membara setiap hari.....
alhamdulillah hari ni sekolah cuti.sepatutnya nabila ada lawatan luar kawasan pagi tadi...ummie dia 50-50 nak bagi dengan tak mau bagi ikut sebab cuaca panas terik.tambahan pula best friend dia tak pergi.tengah2 dok berwasap dengan cikgunya dapat mesej cuti sekolah.....lega rasa....tak payah nak fikir2 dah.

happy memanjang....alhamdulillah....

beberapa hari lepas ada juga hujan kat area2 sini tapi bukan kawasan perumahan kami.kami hanya dapat mendung saja...hihi..
tapi hujan sehari tu tak dapat nak bantu kembalikan paras air takungan.banyak kawasan kampung yang kekeringan sekarang....actually dah 2 bulan.cuma minggu ni lebih teruk.kering terus.kawasan perumahan pun terjejas tapi tak semua.
kat ofis ni hari ni dari jam 3 lebih tadi air dah stop.biasanya air slow ja....hari ni dry tap....moga2 malam satgi ada semula.
ujian dari Allah untuk kita semua....moga Allah beri kekuatan dan ketabahan buat semua yang berhadapan dengan masalah bekalan air.moga Allah datangkan hujan yang lebat dengan segera.

musim penyakit mudah berjangkit juga sekarang ni...dengan cuaca panas dan air yg terhad ramai mudah kena demam serta cirit-birit...saya ada beberapa kes kelesuan akibat panas melampau minggu lepas.minggu ni alhamdulillah tak ada lagi.

jom pakat-pakat doa moga keadaan menjadi lebih baik dengan segera...
simpati kat golongan warga emas dan kanak-kanak....





No comments: