25 November 2014

HARI TERAKHIR

salam sejahtera...

sekolah dah bercuti...
bujang taruna kami masih berSPM.last paper hari ni.

pagi ni macam biasa bila abah outstation, ummie akan jadi driver hantar ke sekolah...dalam kereta ummie terperasan...
"hari ni adalah hari terakhir persekolahan bujang taruna...."
sat saja masa berlalu....ulang alik hantar dan ambil dari sekolah...hari ni dah yang terakhir untuk along.tahun depan adik sorang saja...(kecik bambam cerita lain...hihi).
lepas exam sat lagi mesti depa ada agenda kat sekolah ni..malam tadi dia dah bagitau..
"ummie...esok ambik along pukui satu kat tempat biasa....tapi siap sedia la...
mesti penuh tepung ka apa..."

selamat bergembira di hari terakhir persekolahan...
la ni kamu memang tak rasa apa-apa sangat....tunggulah bila dah lama2 nanti...
detik perpisahan tingkatan 5 ni ada memori untuk semua orang...

lepas salam tadi...
ummie kata..."last day dah ni.."
dia senyum2..."ha"..
budak ni memang kadang berat mulut.
"jangan lupa ambik gambaq banyak2"....kata ummie..
dia sengih ja...
lupa nak pesan.....'gambaq awek jangan lupa'...hehehe

(time SPM memang dia bawa handphone..senang nak bagitau dia balik pukul berapa)






1 comment:

Dr K said...

Betul tu...bagi saya, perpisahan masa Form 5 mmg memori paling best...tak leh lawan memori berpisah Darjah 6 ( hahahaha), ataupun lepas habis grad kat universiti