27 June 2014

SEMUANYA BERSEBAB

salam..


saat saya membaca kisah penemuan adik Firdaus di internet,saya bersembang dengan suami..
"kenapa Allah masih panjangkan nyawa budak ini dalam keadaannya yang sangat dhaif? mesti ada sesuatu yang Allah nak kita semua lihat dari kes budak ni...cuma terserah pada kita...nampak atau pun tak nampak"..


beberapa hari selepas itu (selepas isu maki hamun kepada maknya reda),timbul kisah luahan rasa Wardina kemudian disusuli dengan kebangkitan isu memperjuangkan keperluan hak anak-anak istimewa ini.hakikatnya,hanya yang mempunyai insan-insan istimewa ini sahaja yang tahu susah payah mendapatkan hak anak-anak ini seperti yang sepatutnya.orang luar memerhati dan sebahagian mengasihani.ada yang membantu namun tidak semua.

bukan setakat perbelanjaan wang ringgit,sokongan fizikal dan mental juga sangat diperlukan oleh ibubapa anak-anak ini.pusat-pusat jagaan yang spesifik mengikut kategori masalah kekurangan upaya sangat kurang.anak-anak pelbagai kategori ini dicampurkan sekali dalam satu komuniti.bagaimana pihak pengajar mahu memberi tumpuan secara profesional?tambahan pula jika pengajar itu tiada sebarang ilmu asas.maka anak-anak yang terlantar dan sering diserang sakit akan terpinggir.

kementerian pendidikan dan jabatan kebajikan patut berkerjasama membangunkan institusi untuk penjagaan anak-anak istimewa ini.anak-anak ini bukan beban tetapi aset kepada kita....di mana asetnya?
aset untuk kita semua di akhirat nanti.

yang tak ada anak istimewa,andai berjumpa dengan keluarga yang bermasalah mengendalikan anak-anak istimewa ini cubalah bantu semampu yang boleh.tidak semestinya bagi duit,tolong bawa ke pihak atasan pun sudah cukup baik.majikan yang ada pekerja dengan ahli keluarganya dari golongan istimewa...berlapang dadalah...berikan kelonggaran kepada pekerja anda menguruskan insan istimewa mereka.pasti ada ganjaran untuk anda juga.

pekerja-pekerja yang terlibat dengan pengurusan insan-insan istimewa ini (pejabat Kebajikan) layanlah ahli kelurga mereka dengan baik.beri bantuan sewajarnya dengan berhemah.andai rasa bosan melayan kerenah ahli keluarga ini sila berhenti kerja dan carilah kerja lain.

semoga mata dan minda kita semua terbuka luas untuk menghargai kehadiran insan-insan istimewa ini...Allah jadikan mereka dengan tujuan tertentu.sama-sama menjaga amanah dari Allah ini agar kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

No comments: