salam sejahtera...
cerita hujung minggu yang baru berlalu...
sempena cuti sekolah & cuti umum Birthday YDP Agong dan bersempena 20 tahun terpisah maka atas inisiatif beberapa orang sahabat yang dedikasi kami telah berkumpul di Kota Bharu pada 6 & 7hb Jun 2014 untuk menyambut Reunion Medic 94....
lama tak berjumpa namun sering berhubung di alam maya...
masing-masing excited esp bila ada sesi di HUSM Kubang Kerian....tempat berhempas pulas selama 4 tahun demi segulung ijazah (tahun pertama di Pulau Pinang).
ada yang datang dgn family...ada yang ber'single'an....
kami pergi sekeluarga beserta 2 lagi sahabat NARC...maka suami & anak-anak saya tak ikut serta dalam aktiviti reunion lagipun my en. suami malu nak join.
Hotel Ridel menjadi lokasi pilihan untuk kebanyakan sahabat menginap dan dinner juga diadakan di sini....hotel ini dimiliki oleh sahabat seperjuangan iaitu Dr Mazlan.
Sabtu 7hb.. pagi bergerak ke HUSM untuk aktiviti sukaneka bersama keluarga...dah lama tak naik bas...lamaaaaa sangat2...
di HUSM...panas membahang...tapi happening dgn gelagat mak bapa yang masih berperasaan di usia 25 tahun...hehehe....
sebahagian daripada yang hadir |
pening anak murid sahabat ni yang dikerah oleh profesornya utk bertugas melayan kami semua....sabar dik...prof bagi extra point utk exam nanti...
sat saja pun sukanekanya....tapi best...tengok ahli keluarga semua participate.
lepas sukaneka jalan2 sekejap melawat tempat yang penuh memori...
kantin & asrama masa year 2 & year 3.
di kantin....ada satu ja kantin kat area asrama |
di ground floor Desa Murni....tempat lepak. |
lunch beramai2 di Kedai Nasi Ulam Cikgu di bandar KB ditaja oleh salah seorang sahabat.
petang....aktiviti bebas...ada yang ke rumah sahabat yang mengadakan kenduri akikah untuk babynya (di usia ini masih ramai yang dapat baby...hiiii).
baru 4 bulan...dari Muar Johor |
malam...
acara kemuncak....
Dinner kat Hotel Ridel..
penuh acara nyanyi2,sajak dan main2....
dan fotografi...
serta tak dilupakan sajak kenangan serta doa & Al Fatihah buat sahabat yang telah meninggalkan kami...
acara berakhir sekitar jam 12 malam...
2 biji kek yang sedap sumbangan sahabat |
hari Ahad tiada acara rasmi...kebanyakan mula bergerak pulang ke destinasi masing-masing kerana akan memulakan tugas pada keesokan harinya..paling jauh adalah dari Sabah.kami pun sama...tapi Isnin saya masih bercuti...alhamdulillah bercuti sebab sampai rumah sekitar 4.30 pagi Isnin.keluar dari homestay jam 11 pagi tapi menyinggah sana sini termasuk tersadai di Rantau Panjang kerana hujan lebat.
Alhamdulillah selamat tiba di rumah walau driver dah terkebil-kebil tahan mengantuk.
To all HUSM Medic94....yang hadir atau pun tidak....congratulations...till we meet again.
No comments:
Post a Comment