24 December 2013

PROSES KELAHIRAN SEMULAJADI

salam sejahtera buat semua...


buka FB sekarang banyak yang berbicara tentang 'gentle birth' yang telah berakhir dengan episod duka iaitu kematian ibu pertengahan bulan ini.pelbagai penulisan dikeluarkan..pelbagai komen ditulis & seperti biasa...ada perkataan enak dibaca & tak kurang juga perkataan menaikkan darah yg membaca.

saya baru tahu/sedar adanya AMANI & 'doula'.....istilah2 baru dalam hidup saya yang sebenarnya telah lama wujud dan mula mendapat perhatian ibu2 hamil.


gentle birth/natural birth ini mempromosikan kelahiran secara semulajadi...tanpa sebarang prosedur bidang perubatan moden...ibu akan ditemani oleh doula/pembantu sepanjang proses kelahiran...ada yang bersalin di hospital & ada juga di rumah.

"boleh google untuk maklumat lebih lengkap tentang amalan ini."


memang proses kelahiran adalah proses semulajadi...macam manapun bayi akan lahir juga.namun kita mesti sedar bahawa setiap proses kelahiran tidak sama.komplikasi boleh berlaku di mana-mana peringkat kelahiran hatta selepas uri dikeluarkan sekalipun.mengenalpasti komplikasi dengan cepat dan tepat memerlukan ilmu & latihan yang mencukupi.proses kelahiran bukanlah seperti situasi "wait & see".



biarpun sepanjang kehamilan ibu berada di tag putih (risiko rendah),proses kelahiran boleh membawa ibu ke zon merah dengan sekelip mata.malah pada setiap kehamilan & kelahiran kita berhadapan dengan dua nyawa (@ lebih untuk kandungan kembar) yang perlu diberi perhatian teliti.bukan nyawa ibu sahaja yang diambil kira tetapi juga nyawa bayi yang dinantikan kehadirannya oleh seisi keluarga.



kelas2 persediaan untuk ibu-ibu hamil menghadapi proses kelahiran memang wajar diperkembangkan kerana ramai yang tidak begitu faham & resah saat kesakitan datang.namun apabila ibu2 memilih untuk bersalin di rumah TANPA kehadiran golongan yang profesional/terlatih dari segi perubatan tentang proses kelahiran itu sendiri,ia meletakkan situasi ibu & bayi dalam bahaya.apatah lagi jika akses ke hospital terdekat mengambil masa yang panjang akibat jarak atau kesesakan jalanraya.


saya tidak menentang program AMANI ini secara total cuma untuk pengendali @ peneman proses kelahiran tersebut silalah dapatkan ilmu yang sepatutnya.ilmu yang mencukupi & diiktiraf...bukan sekadar teori & pengalaman.pastikan juga ibu2 bersalin di pusat2 bersalin diiktiraf atau di hospital....sekalipun ingin bersalin di rumah dapatkan nasihat dan pandangan doktor terlebih dahulu.pastikan ada golongan profesional perubatan di sisi di saat kelahiran.

ibu2 juga perlu bersikap terbuka & rasional.selidik dahulu perkhidmatan yang dihamparkan di hadapan mata.

sememangnya ajal maut di tentukan ALLAH namun kita diberikan akal fikiran untuk berfikir dan membuat pilihan bijak...tidak sekadar berserah kepada takdir.


ALFATIHAH kepada arwah....

biarlah kejadian ini menjadi iktibar kepada semua pihak.
semoga ada penambahbaikan dalam setiap apa yang kita lakukan.





5 comments:

Dr K said...

Kalau ada maternal death kat hospital, mmg teruk siang malam doktor & nurse kena hamun..kena maki caci...Tapi bila yg mencuba perubatan alternatif/ home birth/etc...kalau tak menjadi, or even mati, boleh aja mereka ini terima sebagai takdir...itulah realitinya

Dr Singa said...

saya pun baru tau
dan baru baca pasal Arwah dan Doula dan Amani ni
tang 'takdir' tu yang ramai yang tak puas hati..

kita-kita yang ada medical knowledge ni pun tak berani nak bersalin kat rumah..
mungkin mereka ni berani sebab tak tau sangat risiko2 nya..


berani ya sesiapa yang galakkan dan mencuba vaginal birth after LCSC ni ..! home delivery pulak tu..


Unknown said...

DZ & Dr Singa...
sangat simpati dgn ibu2 hamil yg menaruh sepenuh kepercayaan kpd doula2 ini...

diari mama siti said...

Sebab dari awal lagi guna ayat ayat keagamaan untuk proses ni. Apa2 hal pun dah takdir untuk semua ni jadi. Tapi kalau complication jadi kat hospital takde pulak ingat takdir semua tu. Mungkin sebab kita doktor cakap straight forward takde tapis tapis bermadah helah bagai. The sad part instructor or doula tu boleh je lepas tangan.

Anonymous said...

Ko tahu ke doula tu lepas tangan??Beranak kat spital selamat ker? Selama ni lagi banyak yg mati...kalau mati itu pasti baik mati kat rumah dari mati penuh dengan dadah2 haram dan syubhah daalm badan pasty nak g mengadap Allah , konon nak masuk syurga...Penat jer Allah bagitau halal haram, dia main redah je..janji nak hidup, takut sgt mati..padahal mati bersalin, jamin syurga, pun tak nak....mungkin inilah yg Rasulullah pesan penyakit wahan di akhir zaman...kesian..ni mesti tak amal al kahfi setiap Jumaat ni..sebab tu tak nampak kebenaran....takpe..masih ada masa..belum mati lagi nih..